Dulu first time join hubby tengok perlawanan bola sepak, Fiza ingatkan Khairul Fahmi Che Mat a.k.a. Apek adalah pemain import dari Jepun. Nasib baik encik hubby bagitau... Kalau tak, hampeh!... Nampak bebeno malas membaca dan dekatkan diri dengan dunia berita.
Dek Kerana tak puas hati... Aku pun meng'google ( Amboi! bahasa... ada ke meng'google. Pandai-pandai je tambah imbuhan ). Siapakah Khairul Fahmi Che Mat?. Siap cari biodata lagi dan akhirnya ternyata Khairul Fahmi Che Mat adalah orang Malaysia rupanya.
Dalam minggu ni... Heboh gaklah isu Khairul Fahmi Che Mat yang akan berkahwin disember 2012. Alhamdulillah! Akhirnya keluar jugak khabar gembira daripada Khairul Fahmi Che Mat yang mana beliau akan berkahwin dengan wanita pilihan hati iaitu Nur Eilunie Natasha Nazri atau lebih dikenali sebagai Leuniey.
Sumber daripada mediamalaya.com |
Menurut sumber, majlis perkahwinan mereka akan diadakan di Hotel Renaissance, Kota Bharu dan Hotel Perdana Beach Resort, Kota Bharu.
( Petikan daripada http://mediamalaya.com/khairul-fahmi-che-mat-kahwin-disember-2012/)
Tahniah! Buat Khairul Fahmi Che Mat.
0 Comments
Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.