Okezone.com adalah salah satu laman berita luar negara yang Fiza suka terjah dan column menjadi pilihan Fiza di laman tersebut adalah Jagad unik yang mana memaparkan kisah-kisah pelik yang berlaku di seluruh dunia.
Hurmmm... Hari ni terdapat satu lagi kisah pelik yang editor kongsikan iaitu mengenai Serpihan Logam tertanam di kaki selama 68 tahun. Huhuhu...
Mesti menyucuk-nyucuk logam tersebut kan...
Itulah yang berlaku kepada Ronald Brown yang berasal dari Hull, East Yorkshire... Kat mana tu? Fiza pun tak tau mana letaknya Hull, East Yorkshire... Tapi bila Fiza google. Ia terletak di negara England.
Mengikut pembacaan Fiza... Dipercayai serpihan logam tersebut tertanam di peha kirinya setelah beliau terpijak ranjau ketika berperang di Perang Dunia II...
Adusss! Macam manalah keadaan masa tu ek! Pasti perit yang teramat.
Rahsia itu terbongkar setelah beliau meninggal dunia di usia 94 tahun di mana mayatnya di bakar dan ahli keluarganya menemukan 1 kilogram serpihan logam tertanam di kakinya.
Pelik tapi benar... Itulah antara info terkini yang Fiza ingin kongsikan sebagai soft input di petang hari Jumaat.
Wallahualam...
Nota kaki : Info dan gambar ini Fiza perolehi daripada laman okezone.com.
2 Comments
bole plak...mcm mane xperasan?
ReplyDelete@Fendy... Tu lah... Mcm mana leh tak perasan. Mesti ada rasa sakit before tu. Ke atau memang tau tapi takut kot nak keluarkan. Wallahualam :)
ReplyDeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.