Hola 

Tanggal 18 Oktober 2012... Genaplah 8 bulan usia Nur Qalesya Alia, puteri kesayangan bonda. Siapa sangka usianya sudah mencapai 8 bulan. Alhamdulillah...


Bila dah berusia 8 bulan ni... Macam-macam gelagat dia. Teruja bila melihatnya. Alhamdulillah, perkembangannya sungguh baik.

Di kala usianya hampir 8 bulan, Alia mulai duduk. Orang pertama yang melihatnya adalah aku. Hehe... Sian ayah, langsung tak berkesempatan melihatnya. al-maklum jelah tuntutan kerja memaksa kami berpisah jauh.


Sekarang ni gak Alia semakin pandai beremosi... Mudah sangat nak menangis andainya daku tiada di depan mata. Tapi kan, kalau orang lain jaga dia... Langsung tak nangis. Bila tengok jer aku... Dah! mula buat perangai manja dia... Hehe. Aku cukup seronok bila melihat gelagat dia. Patutlah ramai orang kata... anak adalah penghibur hati. Bila melihat wajah anak, rasa penat pun hilang.

Alia gak dah pandai mengeksplorasi objek... Tengok jelah tu...


terror pegang objek sebelah tangan. kekadang tu, Alia liat nak tidur siang... Nak main jer kerja dia. Alhamdulillah! Sekarang ni kurang gak lah manja dia. Semenjak dah pandai pegang-pegang barang. Aku cukup teruja apabila melihat perkembangan Alia yang positif. Syukur pada yang Esa kerana telah menganugerahkan cahaya mata yang sihat untuk kami berdua setelah setahun menunggu. 

Perkembangan bayi adalah penting untuk diketahui... Terutamanya buat wanita yang baru bergelar ibu seperti aku. Serius! aku langsung zero bab baby... 

Tapi... Sekarang oklah dalam proses belajar... 

Setiap kali monthly checkup... Pasti ada jer soalan yang aku ajukan. Yelah! Setinggi mana pun pendidikan kita. Kekadang ada part yang kita tak pandai gak. Ye tak?

Semoga Alia menjadi anak yang solehah...

Amin!