Hola ♥
Umur dah nak masuk 9 bulan... Tinggal 14 hari lagi. Tapi, semakin hari semakin manja. Pantang tengok muka Fiza... Asyik nak berkepit jer. Mintak di dukung. Kalau tak di dukung, menangislah jawabnya. Asyik nak menangis je kerja dia.
Rasa nak lempang jer. Tapi jangan haihhh... Sian pulak tengok muka dia. Kang aku lempang, nanti bila aku dah tua... Dia pulak lempang aku sebab dah diajar sejak dari kecik kan.
Hurmm... Tok sah hairan lah dengan sikap baby sebegini kerana menurut info di babycenter dalam topik perkembangan bayi 8 bulan...
Kebanyakan bayi biasanya sudah mula menunjukkan tanda-tanda kebimbangan berpisah dengan ibunya. Bayi anda akan mula menjadi segan atau bimbang apabila berhadapan dengan orang asing, terutamanya jika dia penat atau meragam, dan jika anda tidak berada dekat dengannya atau bersamanya, dia akan susah hati. Walaupun anda tidak suka melihat bayi anda bersedih, adalah penting dibenarkan bayi anda melalui pengalaman ini. Masa-masa anda meninggalkan bayi anda dan kembali semula, anda membuktikan kepadanya bahawa anda akan sentiasa kembali, dan ini akan membantu bayi membina kepercayaan dan kebolehannya untuk merapatkan diri dengan orang lain.
Masa-masa anda meninggalkan bayi anda, ciumlah dan peluklah dia dan beritahunya bahawa anda akan kembali. Jika dia takut atau terus bersusah hati, ambil masa yang lebih lama untuk menenang dan meyakinkan dia. Sukar untuk tidak menangis apabila melihat bayi anda mula menangis, tetapi tangisan anda hanya akan memanjangkan lagi kerumitan ini. Elok juga jika terdapat orang yang biasa dengan bayi anda (pastikan bukan seorang pengasuh yang baru) untuk menenangkannya. Jika bayi anda menjadi gelisah apabila berpisah dengan anda pada waktu malam, luangkan lebih masa sebelum menidurkannya untuk memeluknya sambil membaca, berdakap dan menyanyi dengan lembut bersamanya.
Namun, malam-malam kalau tengok muka Alia, rasa nak jatuh je air mata... Betapa sayangnya aku padamu. Kenapalah orang sanggup buang bayi eh?Sesetengah bayi mudah untuk berpisah dan sesetengahnya tidak - ini bergantung kepada pembawaan mereka. Setiap anak adalah berbeza, begitu juga tahap penenteraman yang mereka perlukan. Jika anda dapati bahawa bayi anda memerlukan lebih penenteraman, janganlah rasa bersalah untuk melakukannya dan jangan juga bimbang jika anda perlu memanjangkan proses ini. Anda seorang yang mengenali bayi anda lebih daripada orang lain, jadi ikutlah kata hati.-Dipetik daripada Laman babycenter.com.my
Semoga Alia menjadi seorang anak yang taat.
Amin...
7 Comments
chinese look la....wahhh
ReplyDeleteanak dengan ibu mmg tak dpt dipisahkan.tak kira la besar ke kecil.ikatan kasih syg tu tetap utuh.
ReplyDeletecomelnya alia..1st time tgok pic dia..:)
comel nya!!!
ReplyDelete@Fendy... Ramai yang cakap mcm tu... Fendy.
ReplyDelete@Puan KutuBetul kata Muni. Tak leh nak berenggang langsung. Bukan anak jer, ibu pun sama. Bila Alia di tinggalkan, asyik teringat jer.
ReplyDelete@Ikhmal MaliqueThanks atas pujian Ikhmal tu :)
ReplyDeletebetul tu.. apa yang kita buat pada anak kita sekarang... itu lah yang akan mereka buat pada kita nanti...
ReplyDeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.