Hola 

Dua hari tak berkongsi cerita di blog membuatkan aku berasa seperti ada tugas yang belum diselesaikan. Itulah perasaan aku sejak berblog... 

Bukan untuk meraih wang ringgit pada dasarnya, namun untuk berkongsi ilmu yang tak seberapa di alam maya  yang akhirnya membuatkan ia menjadi hobi baru dalam senarai aktiviti harian aku.




Hurmmm... Bukan ilmu saja yang aku kongsikan, tapi kisah Alia juga turut aku paparkan. Aku ingin jadikan kisah Alia sebagai catatan kenangan buat Alia bila dah besar nanti. Senangkan budak-budak sekarang... Boleh tengok balik gambar-gambar mereka time baby. Semuanya dek kerana kemajuan teknologi.

Bercakap pasal Alia...

Sekarang Alia cukup suka makan buah-buahan terutamanya buah kurma, pisang dan betik. Haha... Mestilah dia suka dengan tiga jenis buah tu, dah buah tu yang aku bagi tiap-tiap hari. Buah lain? Bukan Aku tak nak bagi buah-buahan lain, tapi biarlah step by step memperkenalkan dia dengan buah-buahan. Lagipun, baru jer 3 bulan Alia makan makanan pejal... Takut pulak aku nak bagi macam-macam makanan kat dia.

Untuk memudahkan kerja aku dan senang untuk dia makan buah... Aku letak jer dalam baby food fender. Tak payah aku dok kejar dia ke sana ke mari... Hehe... Dasar ibu pemalas kan.

Sekian... Dari seorang penulis yang sekarang ni tengah jiwa kacau! Kenapa?

Lain siaran aku cerita ok... 

Bye :)

Selamat berhujung minggu...

P/s : Huhu... Belum berkesempatan lagi untuk blogwalking blog kengkawan haihhhh :(