Hola 

اَلْحَمْدُلِلّهِ  Syukur Kepada Allah kerana telah memberi kenikmatan hidup kepada hambaMu. Hari ni anak-anak dah start cuti. Confirm 100% riuh rendah rumah dibuatnya. 


Aku pulak sibuk mengejar anak mummy sorang ni... Semenjak dah pandai merangkak ni. Ya Allah! habis ruang tamu di pusingnya. Tawaf beb...



            merangkak, bilakah bayi pandai merangkak, merangkak umur 9 bulan, bayi 9 bulan,duduk, merangkak, bayi merangkak umur berapa bulan,



Patutlah mak aku kata "Tak sanggup jaga Alia sekarang ni haihhh... Semakin aktif, letih dibuatnya"... Kan Nek Wan dah merajuk tahap gaban dibuatnya.

Paling menguji keimanan aku bila part selepas mandi. سُبْحَانَ اللّهُ Menguji kesabaran betul. Susah nak pakaikan dia pampers dan baju. Nak kena umpan dengan susu atau mainan dulu... Baru boleh kemaskan dia.

Dulu... Time umur 3,4 bulan... Tak sabar nak tengok dia merangkak. Bila dah merangkak, mak aiii... Kita pulak nak kena kejar dia. Tapi seronok gak tengok perkembangan anak di depan mata. Mesti ayah dia teruja nanti. Hari ni ayah Alia balik... Cuti sekolah. Best kan jadi cikgu. Best ke?... 

Walaupun terpaksa mengejar Alia sana-sini sekarang. Namun, aku bersyukur kerana perkembangan Alia begitu baik... اَلْحَمْدُلِلّهِ.

Mengikut info di babycenter.com...

Kebanyakkan bayi belajar merangkak di antara usia enam dan sepuluh bulan. tetapi jika anak anda tidak menunjukkan minat untuk mencapai mobiliti dengan apa cara sekalipun (sama ada merayap, merangkak, menggolek, atau mengheret), mendapat cara untuk mengerakkan lengan dan kakinya dalam pergerakan yang teratur, atau telah belajar menggunakan kedua-dua lengan dan kakinya secara sekata bila usianya menjangkau setahun, bangkitkan perkara ini pada temujanji doktor yang akan datang. 

Means... Baby akan mula merangkak sekitar umur 6 ke 10 bulan. If setahun still tak leh merangkak, maknanya ada something wrong berkenaan perkembangan bayi tersebut. Pendek kata, kita kena pantau sebenarnya perkembangan anak-anak kita. Ingat senang ke jadi emak. Susah woo... Hehe. 

Lagi 7 hari umur Alia dah nak 9 bulan.

Haiii... Tak terasakan begitu cepat masa berlalu. Macam tak percaya. Alia dah nak pandai berjalan. Tak sabar pulak nak tengok dia berjalan. Mesti terketot-ketot. Hehe.

Rasa-rasa bulan ke berapa eh! dia pandai berjalan?

Sekarang ni... Bukan pandai merangkak je keja dia. Dah pandai berpaut pada apa saja yang dapat dicapainya, sama ada ianya meja kopi atau kaki neneknya. Hehe...


Cuba teka? Bila ek?