Hola ♥
Semalam, aku terbaca tentang artikel di harian metro pasal "Bayi maut ditimpa durian". Ternyata andaianku mengenai perkara itu berlaku disebabkan oleh perasaan excited menunggu buah durian jatuh sambil mendukung anak... Rupanya tidak.
Rupanya... Menurut artikel di kosmo yang bertajuk "Maut ditimpa 2 Kilogram", bayi yang berusia sebulan itu meninggal disebabkan oleh buah durian yang luruh berdekatan dengan ampaian rumah mereka.
Rupanya, ibu kepada bayi tersebut sedang mengangkat kain di ampaian sambil mendukung bayi tersebut dan tanpa diduga, buah durian bersebelahan ampaian tersebut jatuh menimpa kepala bayi dan tangan sebelah kiri ibu tersebut. Akhirnya, bayi tersebut tidak sedarkan diri dan dikejarkan ke hospital.
Itulah bahayanya durian kalau ditanam berhampiran dengan rumah. Nak-nak fizikal durian yang berduri-duri, mak aiii... Parah dibuatnya kalau jatuh menimpa kepala.
Bukan buah durian jer, buah lain pun turut sama macam buah kelapa. Sebab tu, kat tepi rumah aku di kampung dah takde pokok kelapa lagi dah... Yang ada buah mangga jelah. Semuanya habis ditebang. Bukan apa, takut perkara yang tidak diingini berlaku. Tengok jelah apa yang berlaku kepada adik Muhd. Yusuf Bin Zainal Abedin... Akhirnya meninggal dunia dek kerana ditimpa buah durian seberat 2kg. Sian kan...
Salam takziah buat mereka sekeluarga...
Nota Kaki : Sumber gambar adalah daripada noormalashahar.blogspot.com
3 Comments
Dgr berita kat radio pagi ni. Ya! allah...kesian sgt. Dah ajal kan. Al-fatihah utk baby tu.
ReplyDeleteSalam kenal Fizalinolie, saya Fiza Rahman. MCm awak juga, smoga persahabatan di alam maya ni berkekalan ☺☺
@fizaTu lah kan... Siannya kan. Mcmmanalah perasaan ibunya. Mesti sedih yang tak terhingga.
ReplyDeleteYup! Moga persahabatan kita berkekalan. Insyaallah!
bahaya gak...xpasal2 jatuh..kesiannya...
ReplyDeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.