Hola ♥
Hehe... Semalam aku blogwalking dan melekat di sebuah blog yang empunya blognya sungguh pandai bermain kata. Seronok baca kisah pengalaman pertama dia mengandung. Blogger yang dimaksudkan ialah Puan Kutu. Tu nama komersil dia di dunia maya. Nama panggilan dia Puan Muni.
Hakikatnya, setiap wanita yang hamil pasti akan melalui fasa-fasa pahit manis sepanjang tempoh mengandung. Kisahnya mungkin tak sama, namun kita merasai persamaan satu perasaan gembira yang tak terhingga di saat melihat anak yang dikandung selamat dilahirkan... Satu perasaan yang sukar untuk digambarkan. Betul tak?
Untuk itu, entri kali ini hanya sekadar untuk berkongsi pengalaman aku mengandungkan Alia setelah terpengaruh dengan cerita Muni. Hahaha... Semoga, Alia dapat membacanya bila besar nanti.
Sepertimana pernah aku ceritakan DI SINI. Setelah setahun perkahwinan kami barulah kami dikurniakan anak.
Gambar Alia berusia 1 hari |
Kisahnya bermula bulan Mei 2011... Bila aku langsung tak period. Apa lagi hubby dengan happynya mengajak aku untuk membuat checkup di klinik kerajaan. Kami pergi kira-kira jam 2 petang.
Hehe... Aku pun sama macam Puan Muni, memang zero pasal pragnant. Maklum jelah kami tak pernah merancang pun... Kalau ada, adalah kan. Masa checkup tu aku tak tau kena kencing dulu untuk kesan mengandung ke tak. Laaa... Sudah! Aku dah kencing kat rumah. Kerap gak lah ulang-alik ke tandas... Namun hampa, aku lansung tak nak kencing.
Hoho... Mintak maap la yer nurse. Akhirnya, aku ajak hubby balik. Sampai di rumah aku minum semahunya dan kira-kira 4 petang... Barulah air kencing yang dihajati diperolehi. Alang-alang, hubby sekali lagi ajak aku ke klinik untuk checkup. Tu lah dia... Hubby memang dah lama dah nak ada anak. Akhirnya, keputusan urine test aku ternyata mengembirakan. Baru 2 minggu usia kandunganku. Aku seterusnya disuruh buat kad merah.
Seluruh keluargaku ternyata turut seronok mendengar khabar gembira daripada kami terutamanya keluarga mertuaku. Al-maklum jelah bakal cucu sulung dalam keluarga mereka. Kalau keluarga aku, cucu ke-9 sudah!
Huhu... Aku juga turut mengalami alahan yang teruk. Langsung takleh nak makan. Kalau makan, mesti dimuntahkan semula. Kepala pening tak usah nak kata... Asyik berpusing ligat jer dibuatnya... Hari-hari aku mesti tidur jer memanjang. Pastu pulak, aku langsung tak leh cium bau bawang. Automatik muntah! Sian hubby jadi mangsa memasak.
Hehe... Time mengandungkan Alia, aku suka sangat bersolek tak seperti sebelum aku mengandung. Aku sememangnya seorang insan yang simple wooo.
Pastu pulak makanan yang paling aku suka ialah buah-buahan. Everyday... Mesti ada buah di depan mata, kalau tak siap hubby kena leter... Entah! time mengandungkan Alia, aku jadi macam minah kepo. Kuat sangat berleter. Apa saja hubby buat mesti tak kena di mata aku. Sian hubby. Nasib baik dia seorang penyayang dan penyabar. Diam jer bila bab aku berleter.
Hehe... Time mengandungkan Alia, aku suka sangat bersolek tak seperti sebelum aku mengandung. Aku sememangnya seorang insan yang simple wooo.
Pastu pulak makanan yang paling aku suka ialah buah-buahan. Everyday... Mesti ada buah di depan mata, kalau tak siap hubby kena leter... Entah! time mengandungkan Alia, aku jadi macam minah kepo. Kuat sangat berleter. Apa saja hubby buat mesti tak kena di mata aku. Sian hubby. Nasib baik dia seorang penyayang dan penyabar. Diam jer bila bab aku berleter.
3 bulan aku menghadapi morning sickness... Akhirnya berakhir apabila kandunganku mencecah 4 bulan. Back to normal... Yeeha! Selera makan aku semakin demand. Ada jer yang aku nak makan. Semuanya tercapai. Tu semua berkat usaha hubby yang rajin mencari. Thanks sayang. I love u so much. Tak pernah bosan melayan karenah aku yang sememangnya terkenal dengan sikap cerewet dan sensitif.
Pastu takde sangatla masalah aku hinggalah Alia dilahirkan pada 19 Februari 2012 dengan berat 2.7kg.
Hehe... Fiza rasa takat tu jer kot pengalaman mengandungkan Alia. Nanti Fiza sambung lagi andainya ada rezeki untuk mendapat cahaya mata yang kedua .إنشاء الله
Pastu takde sangatla masalah aku hinggalah Alia dilahirkan pada 19 Februari 2012 dengan berat 2.7kg.
Hehe... Fiza rasa takat tu jer kot pengalaman mengandungkan Alia. Nanti Fiza sambung lagi andainya ada rezeki untuk mendapat cahaya mata yang kedua .إنشاء الله
11 Comments
pengalaman saya, asek nak makan jeeeeee. pagi ptg siang malam makan. hahaha. :p
ReplyDeletealahaii.bestnye jadi ibu..
ReplyDeletealahaii.. bestnye jadi ibu..
ReplyDeletebeznya trgin nk da pnglman tu bla kwin nti..hihi
ReplyDeletewahh.. lain orang lain pengalaman kan.. farah belum dapat lagi rezeki rasa pregnant.. hope one day..
ReplyDeleteeh muni pandai ke bermain kata-kata?haha..
ReplyDeleteindahnya pengalaman n perasaan mengandung kan..betullah ekk org kata klu baby girl suka mekap n suka makan buah..muni macam takde pun ciri2nya.boy lg apa.hikhik..
@Farah Shamsudin... Insyaallah ada tu Farah. Cepat atau lambat pasti ada. Yang penting bykkan berdoa. Fiza doakan moga Farah cepat menyusur kami. Fiza pun dulu setahun baru ada Alia :)
ReplyDelete@Puan Kutu... Sebab pandai berkata-kata lah, Fiza takleh miss lepak kat blog Muni. Tak jugak Muni. Mcm kawan Fiza dulu pun suka makan buah time pragnant dan ramai yang teka pompuan. Alih2 lelaki. Hehe... Tak kisahlah Muni jantina yang penting sihat dan cukup sifat. Insyaallah!
ReplyDeletebestnya dgr pengalaman orng prgnant..yela, sy belum mried..so, xtahu camne..hehe
ReplyDelete@Mimie Najib... Hehe, Cepat2 lah kawin mimie. Seronok ada anak. Satu pengalaman yang amat berharga dari Allah.
ReplyDeletesyok je bca cerita fiza ni..kita dulu pn sama, blur2 ms g first check up kt klinik..anyway pengalaman manis dlm hidup
ReplyDeletehttp://vitaminpilihansemua.blogspot.com/
Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.