Hola 
Alhamdulillah! Awal pulak anak dara mak tido malam ni yer... Maybe kepenatan kot, satu hari aku layan karenah dia... Ketawa bersama, bermain bersama... Malah, aku jugak turut ikut Alia merangkak.   Pendek kata... Dah macam baby jugak aku dibuatnya. Nak buat lagu mano, macam tu lah bila dah ada anak kan... Mana ada masa untuk keluar melepak or jalan-jalan cari makan.

Memandangkan Alia dah tido, tiba masanya aku nak updated blog aku dan tetiba aku rasa nak cari port untuk lepak. Entahla! Aku cukup suka lepak di online news... Hehe... Sebab kat situ banyak cerita terkini dari pelbagai sumber.

Kali ini, apa yang membuatkan aku berasa kehairanan adalah mengenai sebuah artikel yang bertajuk "38 tahun angkat tangan". Di mana seorang bekas kerani iaitu Manhant Amar Bharti Ji dikatakan mengangkat tangannya adalah sebagai menghormati Tuhan Hindu, Shiva.

Sumber gambar adalah daripada hmetro.com.my

Wah! Aku pelik lah... Macam mana dia boleh angkat tangan selama 38 tahun tanpa diturunkan. Kalau akulah, 5 minit pun aku dah lenguh. Ini kan pulak 38 tahun.