Hola 

Apa khabar rakan-rakan semua? Diharap hari ini lebih baik daripada hari semalam. Baiklah, kali ni pulak Fiza ingin kongsikan info menarik untuk kita semua praktikkan agar laptop kita tidak mudah rosak. Seperti kebiasaan, masalah utama laptop adalah pada baterinyaBetul tak?

Oleh demikian, persoalan utama yang ingin Fiza rungkaikan sesuai dengan tajuk kali ini adalah Cara bagaimana untuk menjaga bateri laptop agar lebih tahan lama.

Langkah 1 : Charger atau AC Power

Langkah penjagaan bateri laptop, bagaimana untuk elakkan bateri laptop cepat rosak,

Charger atau Ac Power adalah elemen utama yang wajib diberi perhatian dalam penjagaan bateri laptop. Sekiranya berada di rumah seelok-eloknya gunalah plug dan tanggalkan bateri. Cara ini lebih baik dan ketika menyambungkan Ac Power pastikan semuanya sudah bersambung terlebih dahulu sebelum membuka suiz dan cara ini juga sekaligus menjaga Ac power daripada mudah rosak.


Langkah 2 : Suhu Laptop

Seterusnya... Perkara yang perlu diambil perhatian juga dalam penjagaan bateri laptop adalah mengenai suhu di mana seharusnya kita sentiasa memastikan suhu laptop kita agar tidak terlalu panas. Sekiranya perkara ini berlaku ia boleh mengakibatkan kipas di bahagian bawah laptop berpusing dengan pantas daripada kebiasaan.

Selain itu, seelok-eloknya rajin-rajinlah mencuci laptop agar tidak berhabuk kerana habuk adalah penyumbang kepada peningkatan suhu laptop dan seterusnya turut menjejaskan kualiti bateri laptop.


Langkah 3 : Tambah RAM

 
Seterusnya, untuk membaiki mutu ketahanan bateri laptop seharusnya juga kita mengambil inisiatif untuk menambahkan RAM. Kekurangan RAM juga boleh menyebabkan pengurangan jangka masa penggunaan bateri. Keadaan ini berlaku adalah disebabkan turunnya kelajuan pada RAM sehingga menyebabkab CPU membuat satu virtual memory di dalam hardisk yang memerlukan kuasa yang banyak.


 Langkah 4 :  Mengurangkan kecerahan pada Screen


Kemudian, tip seterusnya dalam penjagaan bateri laptop ialah mengenai LCD screen. LCD screen dan hardisk adalah komponen yang menggunakan kuasa elektrik paling banyak jika dibandingkan dengan komponen lain. Oleh demikian, matikan skrin LCD rakan-rakan seandainya tidak digunakan. Selain itu, kurangkan kecerahan skrin tersebut melalui kekunci tambahan yang terdapat pada laptop. Ia akan mengurangkan penggunaan bateri dan sekaligus dapat menjaga mata kita daripada rabun.

Demikian antara langkah penjagaan bateri laptop agar tahan lebih lama yang dapat  Fiza kongsikan. Semoga ilmu yang sedikit ini memberi manfaat kepada kita semua.