Hola 

Hari Ahad yang sungguh dingin... Aku dilanda kemalasan untuk keluar rumah. Lagi pun, Ayah Alia dah balik ke Kuching. Ada urusan katanya. Maybe 2 disember baru balik. Huhu! Sekali lagi aku dan Alia tak pergi jenjalan. 

Tak kisah lah. Lagi pun memang malas nak pergi mana-mana pun, nak-nak cuaca sekarang ni asyik hujan jer... 

Hehe... Alia dah tido, selepas semua dah siap... Apa lagi online lah jawab nyer. Hurmmm... Kali ni aku nak shared sikit pasal satu artikel yang menarik hati aku untuk membaca iaitu artikel berjudul " Poskad tiba selepas 70 tahun" dan petikannya adalah seperti berikut :-

NEW YORK: Selepas 70 tahun, sekeping poskad tiba di alamat tertulis, walaupun bukan untuk pengirim sebenar.  
Poskad itu dihantar pada 4 Julai 1943 kepada Pauline dan Theresa Leisenring di Elmira, New York oleh ibu bapa mereka yang melawat abangnya di Camp Grant di Illinois.  
Malangnya, dua beradik itu sudah meninggal dunia berpuluh tahun lalu.    
Bagaimanapun, rumah mereka di Elmira, diduduki oleh dua budak perempuan lain iaitu Hannah dan Madie Podgorny.  
Hannah, pelajar Tahun Tujuh, bercadang menggunakan poskad itu dalam projek sejarah sekolahnya.-Artikel daripada myMetro 25/11/2012

Hurmmm... Tak sangka kan, dah 70 tahun berlalu... baru sekeping poskad sampai ke alamat yang dituju. Hebat!

Macam manalah keadaan poskad tersebut kan... Masih elok lagi ke? Mesti poskad tu nampak berstail kan... Yelah, design lama katakan... Boleh dijadikan bahan sejarah tu. Hehe.


Macam-macam hal yang berlaku di dunia ni kan...