Hola 



SEOUL: Korea Selatan memberi penganugerahaan kebudayaan paling tinggi kepada penyanyi rap, Psy kerana kejayaan mengejut yang dicapainya menerusi video ‘Gangnam Style.’
Kementerian Kebudayaan semalam mengumumkan, penyanyi berusia 34 tahun itu yang nama sebenarnya Park Jae-Sang, akan dianugerahkan dengan Pingat Okgwan Order of Cultural Merit kerana sumbangannya terhadap seni.

“Psy dipilih bukan hanya kerana sudah lama menjadi artis tetapi juga mengiklankan Gangnam secara meluas dan meningkatkan minat dunia terhadap negara ini,” kata seorang pegawai kementerian itu. 

Psy menjadi terkenal di peringkat antarabangsa selepas videonya, ‘Gangnam Style’ menjadi popular setelah dimuatnaikkan pada YouTube Julai lalu. 

Dalam video itu, Psy mempersembahkan tarian kuda yang kini semakin terkenal. 

‘Gangnam Style’ yang mengisahkan kehidupan di kawasan golongan kaya di Seoul, ditonton sebanyak 654 juta kali, menjadikannya video kedua paling banyak ditonton, dibelakang video ‘Baby,’ persembahan Justin Bieber yang mencatatkan 796 juta tontonan. - AFP - Petikan daripada artikel bertajuk " Kejayaan Psy diiktiraf kerajaan" dalam Mymetro.

Sumber gambar adalah daripada http://www.hmetro.com.my 7/11/2012

Siapa sangkakan... "Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu".

No wonder lah kan  hasil usaha Pak Jae Sang menghasilkan tarian Gangnam Style mendapat pengiktirafan oleh kerajaan Korea Selatan. Ye lah, dari budak kecik sampai orang tua tu minat dengan tarian gangnam Style.

Anak buah aku yang umur 3 tahun tu pun suka betoi dengan tarian gangnam style. Gigih dia siot... menari. Hehe... 

Apa-apa pun tahniah buat Pak Jae Sang.

Wallahualam!