Hola ♥
Hujan di luar membuatkan Alia masih lagi dibuai mimpi. Sekali lagi aku curi masa untuk meng'update blog.
Hujan gak membuatkan aku terkenang zaman bercinta aku dengan hubby. Sungguh indah, walaupun bercinta jarak jauh dan jarang berjumpa. Still setia pada yang satu event though banyak masa dan ruang untuk berlaku curang. Alhamdulillah! Syukur pada Yang Esa, cinta kami diakhiri dengan pertunangan dan seterusnya berkahwin.
Now, kami terpaksa berjauhan... Hubby nun jauh di Belaga, Bintulu iaitu perkampungan orang penan atas tuntutan tugas sebagai seorang guru. Semalam, hubby call Fiza... Dia pasti call Fiza empat kali dalam sehari...
"Sayang, kamek (saya) sik (tak) dapat transfer, permohonan untuk kamek pindah ditolak... " Kata-kata hubby yang membuatkan aku kecewa. Namun, aku yakin pasti ada hikmah di sebalik semua ini.
Sekali lagi kami terpaksa berjauhan...
Sebenarnya banyak dugaan tau bila berjauhan. Ya Allah! Panjangkanlah Jodoh antara kami seperti pasangan Encik Karam, 107 tahun dan isterinya Puan Katari, 100 yang merupakan pemegang rekod baru dalam Rekod Dunia Guiness bagi perkahwinan pasangan paling lama di dunia.
( Siapa eh! pemegang rekod lama... Hehe, nanti nak carilah ).
Sumber gambar adalah daripada laman blogammar.com |
Pasangan ini dikatakan mempunyai lapan orang anak dan 28 orang cucu. Hidup berumah tangga selama 87 tahun... Lama tu...
Resepi kebahagiaan mereka adalah kesefahaman antara satu sama lain dan menjadi pendengar yang baik kepada pasangan. Simple tip untuk bahagia yang dinyatakan oleh Encik Karam dalam artikel mymetro yang berjudul Jodoh paling panjang.
Ya Allah! Panjangkanlah Jodoh antara kami seperti pasangan ini...
Amin...
Adoi! Alia dah bangun...
4 Comments
xde cicit lagi ke mereka?
ReplyDeleteamin :) chii doakan semoga jodoh kalian kekal bahagia hingga ke syurga :)
ReplyDeleteinsyaAllah .. semoga kuat ye kak :)
ReplyDeletemuni doakan kekal hingga ke syurga jodoh fiza dan suami.jarak bukan ukuran yg penting kesetiaan dan kasih syg..lgpun alia kan ada.si jantung hati yg mengukuhkan lg hubungan fiza suami isteri..betul tak?
ReplyDeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.