Hola 

Seawal pagi aku menerjah blog Beautifulnara.com. Lama dah rasanya aku tak terjah blog beliau walaupun url blognya tersenarai di bloglist aku. Aku akan terjah apabila tajuknya menarik perhatian. Hahaha. Pelik kan... 

Apa yang mencuri pandanganku pada pagi ni adalah kisah mengenai pelakon wanita Maimon Mutalib. Antara pelakon yang kebiasaannya memegang watak ibu-ibu. Menurut artikel yang dikarang oleh Abang Nara, Puan Maimon, 56 tahun yang merupakan ibu tunggal ini telah menghidapi kanser payudara selama setahun dah... Siannya!

Hurmmm... Patutlah lama dah tak tengok wajahnya di kaca TV, rupa-rupanya beliau menghidapi sakit kanser payudara.




Kini kansernya menurut Abg Nara telah berada di tahap ketiga dan kini menjalani rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya. 

Selain tu gak, menurut Abg Nara... Puan Maimon turut merahsiakan sakitnya daripada anak-anaknya demi mencari rezeki buat anak-anak sehinggalah akhirnya tahap sakitnya mencapai tahap ketiga.

Begitu besarnya pengorbanan seorang ibu kepada anak.

***********************************************************************

Sama-sama kita doakan agar Puan Maimon cepat-cepat sembuh daripada penyakitnyaاَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن


Nota Kaki : Sumber gambar adalah daripada laman Beautifulnara.com