Hola ♥,
Kejap nyer masa berlalu kan... Hari ni dah 22hb dan hari Khamis dah start cuti :)
Pada blogger yang bekerja, selamat kembali bertugas. Pada yang duduk kat umah, selamat menguruskan kerja-kerja di rumah...
Baiklah... Melihat kepada tajuk entri. Pasti ramai yang tertanya-tanya apa itu ujian Apgar dan siapakah yang akan melalui ujian Apgar.
Honestly, aku dulu pun tak tau tentang ujian Apgar ni. Semuanya bermula apabila aku disahkan hamil...
Kegembiraan yang tak terkata membuatkan aku banyak menghabiskan masa senggangku dengan melayari internet dan membaca buku berkaitan tentang penjagaan bayi... Sehinggakan aku lupa dan malas untuk update blog.
Ibu mana yang tak nak buat yang terbaik untuk anaknya kan. Betul tak?
Lagipun... Aku percaya pasti ramai yang berasa gembira bercampur cemas untuk melalui fasa baru bergelar ibu... Banyak benda tak tau wooo dan banyak juga yang mesti dipelajari.
Betul tak?
Ok!... berbalik pasal Ujian Apgar...
Ia adalah satu ujian ke atas bayi baru lahir dan ujian ini adalah bersempena dengan nama seorang Doktor iaitu Doktor Virginia Apgar.
Ujian ini akan dilakukan sebaik saja bayi dilahirkan yang mana bertujuan untuk mengenalpasti tahap kenormalan seseorang bayi tersebut.
Terdapat lima ujian yang akan dilakukan iaitu warna bayi, denyutan jantung, tindakbalas terhadap ransangan, tonus otot dan pernafasan. Ujian ini mempunyai skornya yang tersendiri iaitu 0, 1 dan 2. Kemudian jumlah keseluruhan/10. Jumlah 7 atau lebih dianggap normal. Manakala 10 pula menunjukkan kesempurnaan. Tapi... Andainya skor ujian Apgar bayi 5 hingga 7, ia menunjukkan bayi memerlukan pemerhatian lanjut.
Alhamdulillah! Kalau Alia dulu... Ujian Apgarnya mencapai tahap normal iaitu 9/10. Bahagian ransangan jer Alia mencapai skor 1. Hehe... Mungkin masa tu Alia malu kot nak respond.
Itulah serba sedikit mengenai ujian Apgar. Benda ni hanya akan diperkatakan oleh doktor bila anak kita menghadapi sebarang masalah. Tapi... Kalau takde masalah, mereka cuma tulis jer atas buku kesihatan bayi kita.
Aku pun tak tau dulunya... Cuma gedik sangat nak tau tu yang mencari info menenainya. Apa-apa pun info ni aku terbaca dari salah sebuah buku koleksiku yang bertajuk soal jawab bayi dan kanak-kanak, hasil karya Doktor Carol Cooper.
Orait! Aku rasa cukup kot entri aku sampai sini. Panjang-panjang pun... Kang melalut pulak. ye dak?
Assalamualaikum :)
3 Comments
congrats!!
ReplyDeletedoakan makneng plak yerr
awat muni tak tau pun pasal ujian ni?agaknya nama saintifiknya tu je tak tau..entah ekk dh lupa..hehe
ReplyDeletekut-kut sy dah ada bby sendiri, tak la blur je ngan perkara ni kan..hehe
ReplyDeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.