Assalamu'alaikum...
Nampaknya entri kali ini aku ingin berkongsi cerita kisah berkaitan kecurangan. Tapi bukan aku atau En. Hussien yer. Nauzubillah!

Tapi berkaitan lumrah kehidupan manusia trend masa kini. Semalam... Aku ada terbaca kisah suami curang di harian Metro sehingga menyebabkan sang isteri marah lalu mencurahkan air panas di kemaluan suaminya setelah mendapat tahu suaminya berlaku curang... Perkara ni berlaku di Bogota, Colombia. Cerita sedih! Right?

Bukan tu saja... Menurut artikel itu lagi... Sebelum ni pun pernah berlaku isteri mencincang kemaluan suami ketika tidur dan mengepamnya di mangkuk tandas. Fuhhh! Satu tindakan yang amat berani aku kira. Tu lah... Apabila amarah menguasai diri. Tak mustahil kita akan melakukan perkara sebegini. Betul tak?

Kenapa mesti rumahtangga yang dibina atas dasar cinta suatu ketika dahulu dicemari dengan noda kayu tiga. Kenapa perlu curang?

Sebab tu...

Sebelum kawin dulu dan sampai sekarang pun aku dan En. Hussien sering mengingatkan sesama sendiri. Pergi mana-mana pun... Ingat! Status diri.

Bukan tu saja... Kalau dah tak suka cakap terus terang... Tak perlulah nak memerontak sampai main kayu tiga.

Kalau gaduh tu... Janganlah sampai nak memerontak. Biasalah rumahtangga mana tak dilanda badai.... Dan sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pulak suami isteri. Sebelum melakukan sesuatu... Fikirkan secara rasional dan letakkan diri kita pada pasangan kita. Apa akan kita rasa kalau pasangan kita melakukan perkara yang sama... 

Dan... Lagi satu. Terima pasangan kita seadanya. Itu yang penting... Kebahagiaan tu pasti wujud. Aku percaya! Sebab kita sentiasa ada pilihan untuk memilih. Terpulang... Bagaimana kita nak bina mahligai cinta kita.


Wah! lagak bercerita seperti pakar motivasi... Padahal baru setahun jagung dalam mendirikan rumahtangga... Cakap lebih! Tak lalui... Memanglah kan...

Kerana tak nak lalui dan fikirkanlah... Aku kongsikan tips kekalkan kebahagiaan dalam rumahtangga sepertimana yang pernah diperkatakan oleh Dr. Fadillah Kamsah di kaca tv suatu ketika dulu (*** Aku dah tak ingat dah... Dalam rancangan apa entah! ).

Moga bermanfaat yer...

Wassalam...