Assalamu'alaikum dan salam sejahtera...
Alhamdulillah! Alia tengah seronok bermain dengan ayahnya... Jadi, ada masa untuk aku updated blog dan blogwalking... InsyaAllah!

Hurmmm... Entri kali ni... Buat sekian kalinya, aku ingin berkongsi cerita lagi tentang dia... Permata hatiku. Nanti... Bila Alia dah reti membaca, bolehlah baca kisah mengenai dirinya sewaktu masih baby... Mewah betul budak era tranformasi sekarang yer... Dengan adanya handphone canggih... Semua kenangan dapat diabadikan. Tak macam kita dulu... Serba-serbi takde. Nak tangkap satu gambar pun susah.

Bercakap pasal Alia...


Sekarang, umur pun dah setahun... Macam-macam kemahiran Alia tunjuk termasuklah berdengus. Aku perasan pagi tadi. Tengah dia main handphone ayah dia. Aku cubalah mintak. Takut dia baling. Sekarang ni pun dia suka membaling barang. Kemudian... Boleh pulak dia tak nak bagi. Malah berdengus pulak tu... Aihhh! En.  Hussien tergelak tengok telatah dia. Yelah!... First time tengok tindakbalas dia macam tu. Kebiasaannya... Dengan mudah dia akan bagi sesuatu tu, kalau kita mintak.

Ni buat aku geram tengok. Hehe...

Tapi... Tak hairanlah dia bersikap begitu... Kerana menurut Doktor Carol Cooper dalam bukunya bertajuk "Soal Jawab Bayi dan Kanak-kanak", berdengus adalah suatu kemahiran koordinasi yang akan dilakukan oleh bayi pada usia setahun.

Hurmmm... Sesuatu yang menarik bagi aku yang bergelar mak budak. Setiap kali Alia menunjukkan skill yang baru... Aku dan Encik Hussien kemain seronok lagi. Teruja weii... Seronok tengok Alia membesar di depan mata. Semoga Alia menjadi seorang berguna suatu hari kelak.

Sekian... Coretan keterujaan hati seorang wanita bergelar ibu.

Nota Kaki : InsyaAllah! Aku akan kongsikan setiap kisah perkembangan Alia sebagai kenang-kenangan. Catatan khas buat Nur Qalesya Alia.