Assalamu'alaikum...
Dulu punya citer la... Masa masih bergelar anak dara. Paling aku tak suka masa nak masak sayur keladi. Lagi-lagi tak tau dan berlagak pandai... Ingat cara masaknya sama macam sayur lain, potong... Tumis dan masak. Oh! Tidak...
So,... Aku tak pernah pun ambik tahu. Dasar pemalas mengharapkan orang tua kan. Biasalah zaman anak dara yang gila-gila. Semuanya nak mengharapkan orang tua. Kebetulan masa tu mak takde kat umah. Nak dijadikan cerita... Aku masaklah seperti biasa... Resepi kegemaranku... Seperti mak selalu buat... Sayur keladi masak lemak. Fuhhh! Sedap haishhh kalau makan dengan telur masin dan ulam pucuk ubi. Maunya... Tak toleh belakang. Ekeke...
Pas masak... Terliuq punya hal aku pun bedallah semangkuk. Lepas habis makan mulalah lidah kegatalan. Haishhh! Kenapa ni... Aku kehairanan dan belah petangnya aku tanyalah kat mak... Nasib baik mak belum makan. Rupanya kesilapan cara aku masak yang membuatkan lidah menjadi gatal. Rupanya ada petua memasak sayur keladi... Kata mak kalau nak hilang gatal pada keladi... Batang dia kena rebus dulu sebelum dimasak mengikut resepi yang kita nak. Hurmmm... Mudah kan! Cuma tu lah... Benda mudah pun kita tak tau terutamanya aku... Jarang nak masak kalau mak ada. Tapi... Bila dah kawin ni. Rajin pulak aku nak memasak (*** Hehe... Ambil bakul angkat sendiri). Hai penting tu... Kang Suami main kayu tiga... Kalau tak masak kang. Nauzubillah! Ya Allah... Lindungilah hubunganku dengan suamiku Ya Allah.
Tu mak aku punya petua. Kalau mak mertua aku pulak... Petua memasak sayur keladi dia sama tapi tak serupa.... Rebus memang sama. Tapi dia letak buah pinang ke dalam rebusan tu untuk hilangkan gatal sayur keladi.
Tu citer sayur keladi.
Bila part memasak ni... Teringat pulak aku dengan peristiwa pertama sekali aku memasak. Hurmmm.... Nak kena flashback ni. InsyaAllah! Lain entri aku akan kongsikan ceritanya ek!
Orait! Aku rasa cukup kot citer aku sampai sini... Apa-apa pun terima kasih ek! kepada yang sudi baca entri aku.
Nota kaki : Selalunya aku guna cara mak aku kalau nak masak sayur keladi. Mudah dan ringkas. Tak perlu nak add on bahan lain.
2 Comments
tak [ernah msk sayur keladi.aruah mak muni dulu selalu buat..antara peberet muni gak tp nak carik keladi pun ssh skang nie..sebenarnya tak penah msk..org kata klu tak pandai mmg gatal..:)
ReplyDeletesaya tak pernah masak lauk ni lagi..dan paling best sy fobia nak makan keladi..ahahaha..sebab ada sekali tu mak goreng..elok je makan tekak gtal2...terus tak pndang dah..hehehe
ReplyDeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.