Assalamualaikum ♥,
Alhamdulillah... Everyday pasti ada entri yang akan aku kongsikan walaupun mungkin entrinya tak sehebat manapun...
Tapi... Aku bersyukur, dengan adanya blog aku dapat berkongsi pendapat, pengalaman dan ilmu walaupun sedikit tapi aku puas bermonolog di samping memberi senaman kepada jejari supaya lebih ligat menaip pada papan kekunci. Aiseh! Lama dah tak berpuitis dan bersastera. Hehe...
Orait! Berbalik pada tajuk entri... Kali ni aku ingin berkongsi mengenai notification di facebook.
Adus! Perkara paling aku tak suka lebih-lebih lagi invited notification untuk main game.
Alamak! Bukan aku tak nak layan tapi line internet ni haaa... Sesiput. Macam mana nak main?
Kekadang sampai 5...6... Kali kawan invited. Masih gak tak dilayan. Sian betul... Dan lagi satu... Aku memang tak suka main game kat facebook. Entah! Tak tau kenapa walaupun kengkawan mengoda habis-habisan suruh main... Still iman aku kuat kata tak nak main.
Lagipun... Masa gak menjadi alasan mengapa aku tak layan semua tu. Huhu... Nak-nak dah ada Alia... Baru nak pegang handphone, dah kena berebut dengan dia... Siap! pandai sungguh nak kalahkan kita dengan muka kesian dan tangisan. Macam mana arr nak main game... Updated blog pun susah.
Nak tak nak, kena layan anak dulu...
3 Comments
samalah..saya nie tak pernah kot main game kat facebook tu ehehehee
ReplyDeletesy pulak kalo notification psl games nih sy boh lyn
ReplyDeleteklu game mmg dh lama bersara..buat tak layan jer la..satu lg fanpage,kadang2 menyemak gak notification dia.hehe
ReplyDeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.