Assalamualaikum...
Entri kali ni... Aku ingin berkongsi pendapat mengenai kisah baru yang heboh diperkatakan di media massa elektronik mahupun bercetak... Iaitu kes amah menghempas dan melambung bayi berusia 4 bulan. Bila tengok video tu... Memang tak berhati perut aku kira. Sanggup melambung dan menghempas bayi yang tak tau apa-apa... Kes macam nilah membuatkan masyarakat mulai takut nak cari pengasuh atau hantar kat rumah pengasuh... Termasuklah aku.

Risau bukan kepalang... lagi-lagi dewasa ini ( hishhh! Bahasa... Bukan main puitis lagi) macam-macam kes melibatkan pengasuh... Dulu pasal bayi tersedak susu lah... Macam-macam perkara berlaku. Tapi ibu bayi yang kena lambung tu memang bernasib baiklah... Sebab dah awal-awal letak cctv kat rumah. Jadi... Semua under control. Kalau tak... Takde bukti nak dakwa amah tu. Kenapa semua ni berlaku ek! Adakah puncanya stress mendengar tangisan bayi hingga sanggup bertindak diluar batasan. Hurmmm...

Tapi... Memang setimpallah hukuman yang amah tu dapat. Semalam tengok berita tv3 dan tengoklah jugak muka amah yang kena hukuman penjara 20 tahun tu. En. Hussien sempat lagi mengklasifikasikan perempuan tu memang muka takde perasaan.

Seram aku tengok bayi kena hempas dan lambung tu weiii...

Janganlah perkara seperti ni berlaku kat Alia. Nampaknya kena hati-hati gak cari pengasuh zaman ni terutamanya amah yang berstatus luar negara.

Orait! Aku rasa cukup kot cerita aku untuk pagi ni...

Wassalam...