Assalamu'alaikum...
Masa untuk aku update blog. Alia tengah khusyuk bermain. Jadi... Curi masa sebelum dia berolah. Ni pun nak update pasal dia ni. Sejak umur setahun dan lagi sehari akan mencecah setahun sebulan ni. Perangai dia macam budak umur 5 tahun.
Tengok tv kemain khusyuk... Macam faham apa yang ditengok. Kekadang telatah Alia membuatkan en. Hussien tersenyum dan gelengkan kepala.
Paling aku tak tahan... Kalau aku baring. Siap!... Confirm! dia akan naik badan aku. Kalau naik jer tak kisahla. Ni tak... Siap hentak-hentak punggung lagi. Fuhhh! Rasa nak terkencing dibuatnya. Bukan tu jer. Siap cari peluang lagi untuk gigit aku. Sakit wooo... 6 batang gigi dia membuatkan aku menangis. Pernah sekali tu dia gigit lengan aku sampai tak nak lepas. Percuma aku mengalirkan air mata tau.
Kalau ayah, tak nak pulak dia gigit. Tahu takut... Ayah dia selalu tawarkan diri untuk digigit. Sian katanya bila tengok aku selalu jadi mangsa gigit. Lepas tu... Dia ada teether... Tapi tak nak guna. Sebaliknya dibuat mainan. Hebat kan...
Macam-macam ragam...
Tapi... Serius! Anak adalah segala-galanya. Cukup terhibur walaupun selalu jadi mangsa gigitan.
Ok! Aku rasa cukup kot kisah Alia untuk kali ni. InsyaAllah! Nanti ada masa aku update lagi.
Sekian... Wassalam...
1 Comments
assalamualaikum fiza....comelnya geram tengok...:)
ReplyDeletejom join...
http://maszull.blogspot.com/2013/03/segmen-sabtu-by-emas-putih.html
Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.