Assalamu'alaikum...
Semakin hari semakin banyak kemahiran Alia pelajari. Selain daripada dah reti jalan... Walaupun seperti robot, Alia juga dah reti pegang pen . Semenjak reti pegang pen... Jangan harapla nak buat kerja kalau dia masih bangun. Akan ada sesi berebut. Confirm!
Dahla tu... Nak tukar barang kat tangan dia dengan mainan, ambik masa. Nak jer aku rampas. Tapi itu bukan cara aku. Aku tak nak ajar Alia dengan sikap yang negatif. Tak mustahil kan... Kalau aku rampas. Dia pun akan berbuat perkara yang sama nanti right...
Apa boleh buat, kena bersabarlah dengan karenah anak-anak. Bak kata mak aku. Kalau tak nak susah, baik jangan beranak. Hehe...
1 Comments
klu tak nak susah jgn beranak..i like that!haha
ReplyDeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.