Assalamu'alaikum...
Alhamdulillah! Setakat ni perut Alia dapat jer terima Potato Chips Shoestring atau nama pendeknya kentang. 4 hari dah aku try bagi. Nampaknya takde sebarang alahan. So, bolehlah Alia makan kentang goreng. Yee ha... Sukalah tu.

Oh! Ya... Bila nak perkenalkan sesuatu makanan tu, berikan dalam kuantiti yang sedikit dalam beberapa hari. Kalau takde cirit-birit, maknanya bayi kita tak alah dengan makanan yang kita bagi. Kalau sebaliknya, that mean bayi kita belum dapat terima makanan tersebut. Tips ni aku dapat daripada buku soal jawab bayi dan kanak-kanak hasil tulisan Doktor Carol Cooper. Satu-satunya buku rujukan aku dalam membesarkan Alia.



Tu dia... Anak dara en. Hussien. Sampai nak terbalik mangkuk dibuatnya. Biasalah pertama kali makan kentang. Rasa sedap nak lagi. Ingatkan dia tak suka. Rupanya terlebih suka. Haha...

Begitulah antara cerita tentang cinta hati kami yang aku kira takde yang istimewanya pun... Sekadar catatan untuk kenang-kenangan.