Assalamu'alaikum...
Setiap apa yang kita lakukan... Pasti ada pilihan. Bohongla kalau kata takde pilihan. Kita yang tak nak memilih sebenarnya. Begitu jugak dengan dunia blog.

Teringat aku pada masa mula-mula aku membuat blog fizalinolie kepunyaanku. Setelah berangan-angan dan tahu apa itu blog... Aku mulalah buat research tentang jenis-jenis blog yang ada. Blog apa yer aku nak buat? First thing yang aku fikirkan. Bhaha!... Macam buat tugasan masa kat universiti pulak aku rasa pada masa tu. Siap buat rujukan weii... Al-maklumlah belum pegang title mak orang. So, banyak masa yang terluang.

Pada mulanya... Aku terfikir nak buat blog isu semasa. Tapi, aku padamkan hasrat itu di hati. Chewah! Kenapa? Kalau nak buat blog isu semasa ni kena pantas seperti kilat mengejar maklumat. Contohnya, pencerobohan di Lahad Datu baru-baru ni... Sampai sekarang, entah berapa orang musuh dah kena tangkap pun aku tak tau... Macam mana nak tulis pasal isu semasa kalau selalu ketinggalan. Oh! Tidak. Hakikatnya kalau nak buat isu semasa, bagi aku kita kena rajin mencari maklumat... Ala-ala wartawan kononnya.

Kemudian... Aku ada gak nak buat blog pasal artis seperti blog beautifulnara.com. No! No! Terbantut keinginanku bila memikirkan dunia artis yang meriah. Kang salah info aku sampaikan. Percuma aku kena hentam. Totally rejected!. 

Lepas tu, dalam senarai aku ada tiga lagi pilihan iaitu politik, kecantikan dan peribadi. Setelah memikirkan dari pelbagai aspek... Akhirnya aku membuat keputusan untuk create satu blog peribadi sahaja. Senang citer... Blog peribadi lebih bebas untuk bercerita. Apa yang penting... Aku gembira dengan apa yang aku lakukan.

Alhamdulillah! Sampai sekarang aku masih merasai keseronokan berblog. Malah, berasa semakin seronok apabila berkongsi info dengan kengkawan yang sealiran pemikiran terutamanya tentang penjagaan anak-anak.... Suka bangat!

Apa-apa pun thanks kepada kengkawan yang sudi singgah ke blog picisan aku yang citernya entah apa-apa.

Sekian...