Assalamu'alaikum...
Sejak ada Alia, hidup aku banyak berubah. Dulu aku boleh habiskan membaca satu buku dalam sehari. But now, nak habiskan satu tajuk pun payah. Haha... Tapi itu alasan semata-matakan...
Bercakap pasal membaca... Salah satu majalah aku suka baca selain daripada Pa&Ma, aku juga suka baca majalah infiniti. Banyak perkara pelik di dunia ni dapat kita ketahui.
Contohnya apa yang berlaku pada seorang bayi bernama Joshua Heron, Australia yang punyai fenomena pelik iaitu boleh lupa untuk bernafas. Bagaimana tu? Logik ke? Hurmmm... Semuanya Allah telah aturkan.
Menurut artikel dalam majalah infiniti kaedah yang digunakan oleh ibunya untuk mengingatkan Joshua Heron bernafas sebaik sahaja dia berhenti bernafas... Ibunya akan menekan perutnya, memukul belakang punggungnya dan disusuli dengan bantuan pernafasan sehinggalah Joshua Heron sedar dan kembali kepada normal.
Kenapa hal seperti ini boleh berlaku?
Apa yang aku tahu berdasarkan artikel tersebut... Hal ini berlaku mungkin disebabkan oleh ketidakmatangan otak dan pusat pernafasan yang mungkin dialami ketika dalam kandungan lagi. Namun, itu hanyalah teori yang doktor berikan. Mereka juga masih sulit untuk mendiagnosis penyakit yang dialami oleh Joshua Heron.
Pelik! Namun itulah hakikat yang dialami oleh bayi bernama Joshua Haron yang sepertinya di hujung kematian. Apa-apa pun semuanya kuasa Allah.
Wallahualam...
Nota Kaki : Sumber info adalah daripada Majalah infiniti
4 Comments
macam2 perkara pelik kadan2 tak terjangkau dek akal pun ada..tp dengan kuasa Allah tak ada apa yg mustahil..:)
ReplyDeleteMemang pelik. Kesiannya baby nih.
ReplyDeleteMemang pelik. Kesiannya baby nih.
ReplyDeleteassalamualaikum fiza...kesian nyer...:(
ReplyDeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.