Assalamu'alaikum...
Ahad datang lagi... Dan sabtu aku berlalu dengan satu entri. Entah! Semalam aku dilanda penyakit malas. Idea ada tapi malas nak menaip. Hanya satu cerita sahaja mampu aku kongsikan. Biasala tu kan... Tak semua hari kita rajin, right!
1 hari aku temankah Alia bermain dan tetiba kira-kira pukul 3 petang... Aku cakaplah dengan En. Hussien, bosannya takde benda nak buat... Wah! Sepantas kilat dia menjawab... "Jom... Temankan saya ke PSS (*** PSS singkatan kepada Pusat Sumber Sekolah)... Ada benda sikit nak buat... ". Hurmmm... Sejak menjadi ketua guru media dan Pusat Sumber Sekolah. En. Hussien sibuk memanjang. Nak buat lagu mana... Saya yang menurut perintah kan.
Memandangkan aku kebosanan, akhirnya aku setuju dengan ajakan En. Hussien. Alia apa lagi suka la tu... Bila ayah kata jalan dan sebut car. Mesti terkinja-kinja, macam tau-tau jer kita nak ajak dia pergi berjalan.
Sampai di PSS... Huhhh... Alia bukan main kecoh lagi bila tengok carta buah-buahan dan binatang di dinding. Aku bawalah dia dekat dengan carta tu. Sekali... Takut pulak dia bila tengok ikan paus besar gedebak.
Bila melihat Alia takut... En. Hussien pelawalah kamu duduk sambil bagi Alia dua buah buku. Hurmmm... Dia tak pandang sangat pun kat buku yang En. Hussien bagi, sebaliknya kelihatan seperti blur dan asyik toleh depan, belakang dan tepi. Mungkin dia hairan kot sana-sini dipenuhi dengan buku... Mungkin dalam fikirannya "Dimanakah aku ini?". Lucu betul lah budak kecik sorang ni... Dahla tu mulut bising. Entah apa-apa dia sebut... Lilalilalila...burburti... Babamapapa... Apakah itu? Ekeke...Tapi kami tak lama kat situ sebab hari nak hujan. Alia tak mandi lagi (***Kebiasaannya Alia akan mandi jam 6)... Kang, lebat pulak hujan.
Begitulah antara aktiviti aku hari sabtu dengan dua cinta hati. Takde yang menarik sangat pun. Aku rasa setakat ni saja entri aku untuk kali ni. Bye... Selamat berhujung minggu (~_~).
5 Comments
alololrghh, comey nye dy .. ^^
ReplyDeleteentry bru, jmput bace :) ----> http://www.farhanabiella.my/2013/03/it-supposed-to-be-accident.html
hahaha berkhemah uoalllz dalam pss ye ..best je kan? dah lame tak masuk library, rindu nak bau buku buku :)
ReplyDeleteBlur yg comel..
ReplyDeletealia pergi pss ye..budak biasalah bila bawak tmpt baru tak pernah pegi macam tu la gayanya..comel sungguh..:)
ReplyDeleteassalamualaikum fiza...alorrr comelnya...:)
ReplyDeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.