Assalamu'alaikum,
Selamat Malam.

Satu-satunya keadaan paling Fiza tak suka apabila melihat keadaan bayi yang mengalami ruam lampin.

Kalau kulit punggung merah, berbintik dan mengelupas. Bayi tak selesa dan kerap menangis apabila terkena air time mandi. Tu tandanya bayi mengalami ruam lampin.

Namun... Fiza bersyukur. Kerana dengan mengamalkan petua elak ruam dan produk vaseline. Alia langsung tidak mengalami ruam lampin. Bukan nak riak atau menunjuk-nunjuk. Tapi niat ingin berkongsi info. Mana tau ada yang nak try. Haha... Ada ke yang nak baca blog picisan seperti blog Fiza ni. Takpelah! Catatan ni pun akan berguna nanti untuk anak seterusnya. Mana tau. Kita kan mudah lupa. Boleh rujuk blog sendiri untuk rujukan. Tak gitu?

ubat berkesan untuk ruam lampin, cara elak ruam, tip cegah ruam lampin, cara atasi ruam lampin,

Ok! Antara tips elak ruam lampin yang Fiza maksudkan adalah seperti berikut :-

「1」 Kerap menukar lampin setiap kali bayi kencing atau buang air besar.

「2」 Sapukan antiseptik pada punggung setiap kali menukar lampin. Part ni... Fiza biasa gunakan veseline. Memang terbaik! Just my opinion ok.

「3」 Elak gunakan bedak talkum. Apakah kesan penggunaan bedak talkum?

「4」 Pastikan lampin selesa dan longgar. Fiza suka produk Huggies dry pants. Memang terbaik.

Tulah 4 tip mudah hindari ruam lampin yang Fiza selalu amalkan. Alhamdulillah! Dah setahun sebulan dah usia Alia. Belum pernah lagi hadapi ruam lampin.

Semoga info sedikit ini berguna untuk semua.

Selamat mencuba!

Sekian. Wassalam...