Assalamu'alaikum...

Tengok tajuk seperti ada perbezaan pendapat. Itulah berlaku di antara aku dan kakak ipar semasa menonton slot Zehra tv3 terbaru, Sebenarnya saya isteri dia yang ditayangkan setiap jumaat jam 9.00 malam.

pelakon zehra, uqasha senrose, tiz zaqyah,
Sumber gambar adalah daripada laman engkumuzahadin.blogspot.com

Haha... Mati-mati kakak iparku mengatakan pelakon membawa watak Rania adalah Nelydia Senrose. Tetapi aku tetap kata bukan. Untuk membuktikan kebenaran kata-kata aku. Seperti biasa dasar tetap nak menang aku search internet untuk menyatakan bahawa pelakon yang membawa watak Rania adalah kakak kepada Nelydia Senrose... Iaitu Uqasha Senrose. Ni babak permulaan cerita beb... Dah! Berdebat. Baru episod pertama untuk sebenarnya saya isteri dia!. Belum lagi episod seterusnya. Akhirnya kakak iparku akur dengan jawapanku bila melihat senarai pelakon di akhir cerita. Memang Uqasha Senrose lah. Bukannya Nelydia Senrose.

Alang-alang dah bercakap pasal Uqasha Senrose. Menurut biodata penuh Uqasha Senrose di beberapa laman web... Nama sebenar Uqasha Senrose adalah Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 21 tahun dan merupakan kacukan siam dan kelantan. Cantikkan orangnya. Tu pasal Uqasha Senrose iaitu kakak kepada Nelydia Senrose.

Sekali imbas macam kembarkan... Sumber gambar daripada laman hey-rara.blogspot.com

Untuk episod satu citer ni. Ia dimulakan dengan zaman kanak-kanak sehinggalah peralihan zaman dewasa. Dibarisi para pelakon seperti Tiz Zaqyah yang memegang watak shaf dan merupakan tunang kepada Farish (Fezrul Khan). Watak Raimy yang didukung oleh Azlee Khairi dan watak ibu Farish yang dipegang oleh Wilma. Pada aku watak Wilma agak biasa-biasa jer. Mungkin permulaan je kot.... Dan keseluruhan episod satu masih Lagi samar... Satu konflik telah berlaku di mana Farish telah melihat tunangnya tidur dengan adiknya sendiri, Firash... Menyebabkan Farish kecewa. Satu permulaan yang baik aku rasa... Itu pendapat aku la. Apakah kesudahan sebenarnya saya isteri dia... Sama-samalah kita tunggu dan lihat ok! Adakah sehebat drama Adam dan Hawa di siaran 104 atau Setia hujung nyawa tv3 suatu ketika dulu.?

Hurmmm. Belum ada jawapan untuk itu ok! Hehe...