Assalamu'alaikum...
Aku bukanlah doktor untuk memperkatakan makanan yang terbaik untuk anak. Namun, entri kali ini... Aku ingin kongsikan sedikit info hasil daripada pembacaanku. Mungkin ianya memberi sedikit solusi kepada kita yang ada anak kurang berat badan. Antara makanan khas yang aku maksudkan adalah seperti berikut :-
「1」 Nasi atau bubur perlulah ditambah dengan ayam atau daging dan sedikit minyak.
「2」 Kentang rebus dilenyek dan ditambah dengan susu atau mentega
「3」 Telur rebus dihidangkan bersama mayones, keju dan mentega.
「4」 Roti mestilah dihidangkan bersama mentega.
「5」 Biskut kraker mesti dimakan dengan marjerin dan mentega kacang.
That it's antara 5 jenis hidangan yang membantu untuk tambahkan berat badan anak kita yang aku tahu. Info ni aku pernah baca dalam majalah Pa&Ma.
Walaupun berat badan Alia ok. Tapi... Aku juga turut bagi hidangan seperti di atas seperti kentang lenyek, roti, biskut kraker dan bubur plus daging or ayam.
Cuma, telur Jer aku tak bagi sangat kat dia. Sebab tiap kali lepas makan telur rebus. Alia mesti terberak. Macam makan julap... Sampai 4 kali terberak.
Moga info ni menjadi panduan buat aku pada masa akan datang... Dan pada yang sudi singgah di blog aku.
Orait! Rasanya cukup kot sampai sini.
Wassalam...
0 Comments
Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.