Assalamu'alaikum...
Haha.... Gelak dulu. Alia selalu seksi macam dalam gambar tu. Kat sini cuaca panas sangat kalau hari panas. Ni lah gambar kat rumah kerajaan untuk guru di SK Long gang. Walaupun jauh dari Bandar Bintulu. Kehidupan di sini pun ok gak. Cuma sunyi jelah... Jauh dari keluarga. Tapi... Esok kami balik kampung. Kan cuti sekolah seminggu. (*** Hei... apa aku citer ni. Macam lari tajuk jer). Ada ku kesah...
Berbalik pada citer asal aku. Saja je nak update pasal Alia. Alhamdulillah! Selepas 4 hari cuba makan buah Lai tanpa alahan. Nampak gayanya Alia dah boleh makan buah Lai. Mean, bertambah satu lagi variasi makanan untuk bayi setahun sebulan ni yang semakin petah bercakap entah apa-apa. Haha...
Ingat sabtu ni nak try lagi buat bubur nasi plus ikan kat dia. Haha... Nanti aku update pasal tu pulak yer. Bukan apa... Aku nampak macam boleh jer Alia makan ikan. Yelah! time aku ngan en. Hussien makan... Kalau part makan ikan. Ada gak aku suapkan kat Alia. Takde pun terberak. Harap-harap lah yer dia boleh terima ikan.
Orait! Sekian... Cerita pendek pasal anak dara aku.
Wassalam...
2 Comments
wahhh...
ReplyDeletefiza ni hati2 sungguh bab bg alia makan ekk..senyum sendiri sy baca.ibu yg sgt peka..:)
ReplyDeleteseksi tu biasalah klu kt rumah..aiamn kt rumah tak pernah pakai baju.paaki seluar je..ibu aiman pun seksi gak klu kt rumah.haha skang kan musim panas..:)
Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.