Assalamu'alaikum,
Selamat Petang.
Tanda-Tanda Lelaki Kecewa Dalam Hubungan Cinta | Alhamdulillah... Setelah sekian lama stop membeli majalah mingguan wanita dan beralih arah kepada majalah Pa&Ma... Semalam teringin pulak nak baca majalah wanita. Apalagi... Request ler dengan hubby yang kebetulannya nak beli news.
Kredit terbaik.my |
5 Tanda Utama Lelaki Kecewa Bercinta
Alhamdulillah. Tercapai jugak hajat. So, entri kali ni pun dipetik daripada majalah mingguan wanita bertarikh 22 until 28 Mac 2013. Tajuknya, tanda-tanda lelaki kecewa. Mesti ramai kan yang nak tahu macam mana keadaan lelaki putus cinta. Kalau perempuan, seperti yang kita ketahui... Tangisan adalah senjata utama apabila kecewa. Kalau lelaki. Susah kita nak jangka. Sebab lelaki kan susah untuk tunjukkan perasaan mereka... Tapi mingguan wanita kali ini ada jawapannya... Di mana berikut adalah tanda-tanda lelaki kecewa dek kerana kehilangan sang kekasih :-
Si dia lebih pesimis apabila bercakap pasal perempuan. Mean, di mata dia pompuan dianggap sama.
- Deria lelaki lebih cekap mengesan sebarang perubahan pada perempuan.
- Lebih kebal apabila berdepan dengan air mata perempuan.
- Lelaki tidak lagi mudah cair apabila melihat perempuan menangis.
- Lebih memahami diri sendiri dan lebih suka untuk hidup membujang. Dulu, masa Fiza jadi guru ganti... Jumpa sorang cikgu lelaki ni. Masa tu umur dia 45 tahun. Fiza terdengar dia bercerita dengan cikgu-cikgu perempuan yang pada masa tu dianggap kakak-kakak yang suka mengusik. Dia bagitau kenapa dia tak kawin-kawin lagi. Rupanya ada sejarah pernah dikecewakan oleh sorang perempuan dan Katanya dia lebih rela hidup membujang dan serik dah. Sampai macam tu sekali tau.
- Sukar dan lebih berhati-hati untuk menjalinkan hubungan semula dengan mana-mana perempuan.
Tu lah antara tanda kekecewaan pada lelaki apabila putus cinta. Diharap ia berguna buat semua.
Entri pendek dari Fiza yang masih dalam lagi dalam mood cuti di kampung.
Sekian. Wassalam...
1 Comments
ada juga lelaki yg kecewa nangis tau fiza.hehe
ReplyDeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.