Assalamu'alaikum...
Alhamdulillah! Syukur pada Yang Esa, kerana dengan izin-NYA. Aku berpeluang lagi untuk terus bernafas dan berkongsi cerita di sini. Kali ini aku ingin berkongsi cerita tentang apa itu curang? dan apakah tanda-tanda pasangan berlaku curang. Haha... Macam hebat sangat kan... Nak mengupas tajuk curang. InsyaAllah! dengan sedikit ilmu hasil daripada pembacaan, pengamatan dan mendengar cerita orang... Di sini aku akan cerita dan kongsikannya.
Curang pada hakikatnya satu sifat di mana pasangan kita yang dah berkahwin mahupun yang sedang bercinta beralih arah. Maksudnya ada orang lain dalam hidupnya atau dalam erti kata lain bermain kayu tiga. Semua ini berlaku adalah disebabkan pudarnya cinta di hati dan tanda-tanda pasangan yang curang adalah seperti pertama, pasangan yang curang mulai nampak macam tak suka lagi dengan pasangannya. Mula-mula bercinta bukan main lagi... Engkaulah nyawaku. Engkaulah jantungku. Sanggup tu sehidup semati. Tapi... Bila dah ada orang ketiga. Ahhh! Ada ku kisah. Malah asyik marah jer kejanya. Haaa... Awas! Tu tanda-tanda awal pasangan nak curang tu. Kena alert.
Kemudian... Jelas lagi nyata. Zaman moden ni kan. Mesti semua orang ada telefon bimbit (***Haha... Bakunya bahasa yer). Bila handphone pasangan kita dulu senang jer nak bukak. Bila dah ada orang lain di hati. Mak aiii... Handphone siap ada kata laluan. Ambik kau! Tu tandanya ada rahsia yang disimpan. Apa maknanya tu? Maknanya confirm ada affair dengan orang lain. Memanglah dalam hidup kita tak seharusnya berburuk sangka. Tapi kalau pasangan kita tu menunjukkan perubahan yang drastik... Kan ada makna tu.
Seterusnya, bila diajak keluar jalan-jalan bukan main susah lagi. Dulu... Pantang free sikit. Jom! Jalan. Kalau tak dituruti merajuk dan nak kena minta dipujuk. Tapi... Bila dah curang, bukan merajuk tapi marah bilamana di ajak keluar. Macam-macam alasan diberi. Buruk sungguh perangai.
Tu antara empat tanda kecurangan pasangan yang harus diambil perhatian. Semoga ia menjadi panduan buat semua terutama diriku sendiri.
Semoga ia tidak berlaku dalam hubunganku dengan en. hussien... Ya Allah. Hanya Engkau tempat aku berlindung dan berserah. Teringat aku akan pesan emak mula-mula kawin dulu... Andai ada masalah. Jangan cari salah siapa, tapi sebaliknya berkomunikasilah, berbincang dari hati ke hati dan berterus-teranglah dengan jujur.
Sekian...
Wassalam...
2 Comments
berdoa moga ikatan dgn suami sentiasa dilindungi jgnlah sampai jadi curang² ni.. nauzubillah...
ReplyDeletebkn ssh nak setia..bkn ssh juga nak curang..semoga kita semua dijauhkan dr sifat curang nie..:)
ReplyDeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.