Assalamu'alaikum...
Inilah gelagat anak dara aku sebaik sahaja mendengar azan berkumandang di tv. Berhenti bermain... Terdiam dan tengok azan sampai habis. Tak pernah pun aku ajar dia. Cuma ayah dialah pernah terangkan apa perlu kita buat sebaik saja mendengar azan. Kami banyak berbual dengan Alia seperti berbual dengan orang dewasa. Banyak melakukan pengulangan dalam menerangkan sesuatu perkara. Sedikit tips dari majalah Pa&Ma, bagaimana berkomunikasi dengan bayi cuba aku terapkan. Alhamdulillah... Alia nampaknya seperti cepat faham dan mudah ingat. Semoga Alia membesar dengan sihat dan bijak hendaknya.
Orait! Entri pendek tentang cinta hatiku.
Nota kaki : Majalah Pa&Ma memang terbaik!
1 Comments
muni pun byk buat rujukan tentang majalah pa&ma..pandai si alia nie..ada ciri2 anak solehah.:)
ReplyDeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.