Assalamu'alaikum...
Kalau entri semalam aku bercerita tentang gelagat Alia ketika makan. Entri kali ni pulak tentang gelagat Alia ketika minum.
Alhamdulillah! Alia cukup gemar minum air kosong selain daripada susu. Yang best'nya sekarang Alia dah pandai guna botol yang ada straw. Aku cuba jer beli botol tu kat dia hari tu... Sebab lama dah perhatikan gelagat dia bila aku bagi minum air suam guna botol susu... Mesti Alia duduk sambil cuba donggakkan botol bila nak minum. Sian pulak aku tengok. Tu yang aku beli botol ber'straw.
Aku tak fikir pun yang Alia reti guna botol ber'straw tu pada mulanya. Rupanya apa yang aku fikir ternyata silap. Bagi jer botol tu... Alia dah reti guna. Cuma mula-mula jer dia tak pandai nak control hisap guna straw. Sekarang dah mahir dah. Good job girl. Terbaik!
Seronok tengok Alia suka minum air kosong. Setiap hari pasti antara 2 atau 3 botol dia habiskan. Alhamdulillah! Alia tak pernah lagi sembelit tau.
Hurmmm... Rasa-rasanya, tu jelah... Kisah si jantung hatiku untuk hari ni. Takde apa sangat pun yang menarik. Sekadar luahan rasa seorang ibu bila memiliki seorang anak. Pada yang sudi baca entri aku, terima kasih yer. Kalau sudi singgahlah lagi ^_^.
Sekian. Wassalam...
0 Comments
Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.