Assalamu'alaikum...
Aku terbaca satu artikel di Majalah Wanita keluaran 29 Mac-4 April 2013... Di mana peneraju minuman nutrisi yang terkenal di Malaysia, Milo telah melancarkan Hari sarapan Malaysia sebagai aktiviti kempen seluruh negara.
Kempen Hari sarapan Malaysia yang pertama ini menurut artikel tersebut bertemakan Gerakan Sarapan MILO.
Tujuan hari sarapan Malaysia adalah untuk menyemai tabiat mengambil sarapan yang akan menjana gaya hidup sihat dan seimbang.
Untuk tahun ni... Menurut artikel terkandung di dalam majalah wanita. Hari sarapan Malaysia akan berlansung pada 5 Mei 2013 di Universiti Putra Malaysia... Dan kemasukan adalah PERCUMA. Seronoklah siapa yang tinggal area UPM. Boleh join this event.
Pada hari tersebut, dikatakan MILO akan menyumbangkan 20,000 pek sarapan percuma... Malah macam-macam aktiviti disediakan termasuklah larian sarapan MILO. Bukan tu jer pemeriksaan kesihatan pun ada. Hai... Memang meriahlah tu nanti.
Apa-apa pun Milo memang sedap. Pagi ni pun aku minum Milo. Hehe...
1 Comments
kt tv ada dah iklan milo pasal sarapan nie.mmg ramai rakyat malaysia yg selalu mengabaiakn bfast
ReplyDeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.