Assalamu'alaikum...
Pejam pelik... Pejam pelik. Sekarang, dah bulan ke-4 dalam tahun 2013. Pada yang lahir pada bulan April, selamat harijadi Fiza ucapkan. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki hendaknya.
Entri kali ni pun berkaitan dengan rahsia lahir pada bulan April. Just sebagai guideline untuk kita menjadi insan yang lebih baik... Tapi janganlah terlalu taksub untuk mempercayainya... Cukuplah sekadar untuk mengetahuinya.
Daripada apa yang aku baca daripada buku mahupun artikel di laman sesawang... Rata-rata mereka yang lahir pada bulan April mempunyai perwatakan seperti mempunyai daya mental yang sangat kuat dan mampu membuat keputusan dalam masa yang singkat. Namun... Cepat membuat keputusan jugak membuatkan mereka bersifat mudah menyesal dengan keputusan yang mereka buat.
Mereka yang lahir pada bulan April juga dikatakan bersifat sangat menarik dan pandai memanjakan diri. Wah! Kalau wanita bersifat sebegini memang lelaki suka. Salah satu ciri-ciri wanita yang disukai lelaki tu...
Bukan tu jer... Pemilik bulan April sebagai bulan kelahiran juga seorang yang diplomatik di mana pandai bergaul dan mampu menyelesaikan masalah orang lain secara diplomasi. Kalau orang bersikap begini memang baik dibuat kawan. Hehe...
Tapi... Siapa yang lahir pada bulan April juga dikatakan bersikap pendendam, agresif dan mudah berkecil hati. Sejauh mana kebenarannya... Wallahualam. Namun... Pada aku, andai ada sifat negatif dalam diri kita... Cubalah kikis sikit demi sikit demi insan yang kita sayang. Baru ada ummpph dalam hubungan. Ada kaitan ke? Lantak ler. Sapa tengah bercinta dan dah berkahwin. Pasti faham dengan apa yang aku maksudkan. Ye tak?
Kemudian... Jangan lupa. Mereka yang lahir pada bulan April juga dikatakan berpewatakan penyayang, lemah lembut dan peramah. Hurmmm... Banyak jugak kan rahsia perwatakan bagi yang lahir pada bulan April.
Apa-apa pun... Info ni hanyalah sebagai ilmu. Tak 100% betul... Andai betul pun ia hanya kebetulan dan sekiranya kita sedar akan sikap negatif kita. Tak salah untuk kita cuba memperbaikikannya right. Sama-sama kita berusaha untuk berubah menjadi yang lebih baik. InsyaAllah...
Sekian. Wassalam...
Nota kaki : Pada yang lahir pada bulan Mac... Jom baca entri about : Rahsia personaliti bagi yang lahir pada bulan Mac .
1 Comments
layannn :)
ReplyDeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.