Assalamu'alaikum...

Hari ni kisah sedih kematian adik Amar Farhan di Baling dipaparkan di dalam Harian Metro online... Akibat disambar api dek kerana letupan sampah. Al-fatihah buat arwah.Kenapa ini berlaku?... Tanpa diketahui. Adakah disebabkan oleh botol racun nyamuk yang berisi aerosol atau bekas gas lain. Wallahu'alam...

bahaya bekas racun nyamuk, kenapa sampah meletup,
Sumber snapping info adalah daripada Harian Metro Online

Tapi aku nak kongsi sikit berdasarkan pengalaman aku juga berkaitan dengan sampah meletup. Ni berlaku dalam keluarga aku sendiri time cuti sekolah seminggu bulan mac hari tu. Pasal tak tau... Ayah aku bakar ler sampah. Sekali dengan botol bekas spray racun nyamuk... Tak lama baru sampah tu bakar keboooommmm... Meletup. Macam bunyi bom. Jiran-jiran sebelah kuar arr tengok. Ingatkan apa yang meletup.

Aku lagi lah... Takut punya pasal cepat-cepat kuar bawak Alia. Ayah dan mak bergegas padamkan api... Adik-adik aku yang lain pulak relax jer menengok... Sebabnya api tak marak sangat. Time meletup je... Api naik. Ada benda terpelanting kata ayah. Tapi tak tau benda apa. Nasib baik tak kena orang.

Dah padam api... Baru ayah cari apa benda yang terpelanting... Rupa-rupanya penutup botol spray racun nyamuk. Ayah kata takde benda lain yang dia bakar selain kertas-kertas lama. So, kami syak yang spray racun nyamuk tu yang sebabkan sampah meletup. Jiran yang datang tengok pun cakap benda yang sama... Sebab dia pernah bakar bekas botol spray racun nyamuk gak.



Tapi... Kat botol spray racun nyamuk memang terdapat amaran supaya jangan campakkan botol spray racun nyamuk ke dalam api. Hurmmm... Tapi itu hanya andaian kami. Namun pada aku janganlah buang barang yang ada amaran jauhkan daripada api sembarangan. Bahaya! Tak semua orang tahu dan ingat. Kekadang kita pun melakukan kesilapan kan...

Bersama-samalah kita beringat ^_^.

Kata Hati : Bila baca kisah Arwah adik Amar Farhan. Baru teringat nak share citer yang dah basi. Kahkah... Biasalah kalau dah cuti. Mood blogging pun kelaut ^_^.