Assalamu'alaikum...

Alhamdulillah... Tertunai gak hasrat en. Hussien nak makan dadih mangga. Dari semalam lagi mintak buatkan dadih mangga. Bahan dah ada. Tapi aku mintak tangguhkan hari ni. Penat sangat sih! Tu yang tak larat nak buat.


Senang je nak buat... Cara membuat dadih semuanya tertulis di plastik dadih yang kita beli. Iaitu... Sebungkus dadih, gula 100gram, 1 tin susu cair dan air 3000ml. Kemudian, masakan di dapur sehingga masak.Senang jak bah!


Hehe... Disebabkan malas nak sukat air. Aku bantai je guna air mineral 2 botol yang 1500ml... Mudah kerja aku. Alhamdulillah! 6 bekas aiskrim dadih telah aku siapkan... Tunggu sejuk baru ngapp! Aktiviti petang Ahad aku yang ringkas di kala Alia sedang syokkk di buai mimpi. Apa taknya... Dari semalam lagi hujan. Memang best kalau tido ^_^. Tapi aku jarang nak tido siang...

Kata Hati : Hajat di hati nak sedekahkan sikit dengan jiran sebelah. InsyaAllah ^_^.