Assalamu'alaikum...
Kisah semalam...

Kebiasaannya, hari Ahad... Kami 3 beranak lebih selesa memilih untuk duduk umah jer.

Tapi... Kalau duduk umah pun bosan gak kan. Kat Sungai Asap ni... Sunyi. Takde tempat untuk pergi. Nak buat macam mana, demi tugas right. Namun... Suasana di sini tetap nyaman, udara yang segar dengan dikelilingi hutan yang menghijau. I like it. Tapi... Sekali sekala rindu bertamu di sini. Hehe...

Lepas solat zuhur, ayah Alia ajak pergi Pusat Sumber Sekolah (PSS). Satu-satunya tempat kami 3 beranak habiskan waktu hujung minggu. Biasalah kan. Ketua PSS, pasti banyak kerja nak di settle'kan. But, as a wife... Aku setia untuk menemani. Chewah!


Apalagi... Alia cukup suka di bawak kuar umah. Tengok! Siap berselipar merah lagi. Tu... First selipar or kasut yang aku belikan. Sebelum ni guna yang orang hadiahkan jer. Pada pendapat aku, membazir jer belikan kasut atau selipar time baby belum pandai berjalan. Baik duit tu ditabungkan untuk masa depan. Haha... Dasar kedekut!


Sampai jer PSS, kemain becok lagi mulut si Alia... Entah apa-apa disebutnya aku pun tak tahu. Yang pasti... Meronta-ronta mintak dilepaskan. Ni first time bawak masa dah reti jalan. Fuh! Tak reti duduk diam... Ada je keja nak dibuatnya. Pantang tengok buku. Tengok jelah gelagat dia. Selak buku macam reti nak baca.


Lepas satu... Satu dibuatnya. Siap selongkar buku dalam bakul lagi. Mulalah nak sepahkan (*_~).

Dah bosan sepahkan buku. (***penat aku nak kena kemaskan balik)... Try nak naik atas kerusi pulak... Amboi! Makin terselah kepandaiannya nak explore ye...

Lepas tu... Reti pulak duduk diam. Bila ayah try alihkan perhatiannya dengan kad imbasan...Tengok je gajah... Terus terkeluar dari mulut Alia... Jah!. Hehe... Tahu pun gajah. Satu tepukan dari ayah buat Alia. Alia cukup suka dipuji dengan tepukan dan ciuman.

Selepas semuanya settle... Dalam 5.05 petang... Alia pun dah bosan asyik nangis jer. En. Hussien pun ajak balik. Tapi... Pergi pasar sungai Asap kejap. Beli air mineral.

Terisi gak hari ahad kami bertiga. Tak ler bosan sangat.

Sekian. Citer orang bosan katanya... Haha. Pada yang sudi baca cerita merapu aku. Thanks yer. Kalau ada masa... Jemputlah singgah (~_~).

Wassalam...