Assalamu'alaikum...
"Kenak setiap kali aku ncarik info di internet eh, mala jak nangga ads by nuffnang"... Persoalan yang timbul di ruang fikiranku setiap kali melayari internet. Pada mulanya. Seriously, aku lansung tak tertarik pun untuk mengetahui lebih lanjut mengenai iklan nuffnang.

Kisahnya bermula apabila aku mula menjinakkan diri dalam dunia blog. Aku mulalah mencari info mengenai nuffnang... Sehinggalah aku menjumpai laman rasmi nuffnang di www.nuffnang.com.my. Dari situlah aku banyak mengetahui tentang nuffnang

Rupanya nuffnang adalah sebuah syarikat pengiklanan berasaskan blog dan pada masa yang sama ia juga merupakan sebuah Komuniti untuk blogger oleh blogger. Disamping membuat iklan melalui blog, nuffnang juga menganjur dan menyokong pelbagai jenis aktiviti seperti tayangan wayang, seminar/bengkel kerja, parti dan lain-lain lagi.


Pengiklan nuffnang terdiri dari pelbagai nama-nama besar dalam pasaran seperti Nokia, DiGi, Maxis, Sony, Nike, Nestle dan banyak lagi Syarikat-syarikat yang Gah di Malaysia. Disinilah bermula segalanya bagi seorang blogger bila para pengiklan akan mengiklankan barangan mereka melalui nuffnang dan medium Blogger akan digunakan.

Mean, bila dah ada blog... Bolehla daftar di nuffnang. Selepas itu... Macam-macam setting iklan nuffnang kena kita set-up di blog kita. Nanti pihak nuffnang akan bayar kita berdasarkan klik pada iklan tersebut mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Tu takat yang aku faham ler. 

Begitulah serba sedikit mengenai pertama kali aku mendaftar di bawah nuffnang. Menariknya iklan nuffnang, membuatkan aku tertarik lalu mendaftar di nuffnang

Jom! daftar di nuffnang, boleh dapat extra money. Hehe...