Assalamu'alaikum ,
Tajuk entri aku kali ini mengenai kulat susu. Kalau tak terbaca kat facebook group persatuan ibu-ibu mengandung, aku memang tak tau tentang kulat susu.

Maklumlah baru lagi bergelar ibu. Lepas baca pasal kulat susu... Bangun je Alia, laju-laju aku check mulut Alia. Haha... Apalagi! Marah ler dia. Apa kes bukak mulut orang pepagi... Tapi takde. Syukur Alhamdulillah.

Namun, aku tertarik dengan petua yang followers kongsikan cara bagaimana hilangkan kulat susu. Caranya amat mudah iaitu... Guna air garam dan kain. Basahkan dan lap lidah yang terkena kulat susu. Tak kurang gak yang syorkan cepat-cepat berjumpa dengan doktor.

Pada aku... Tak salah try petua bagai. Tapi untuk sakit yang tak serius ler. Jangan pulak benda-benda serius kita ambik sambil lewa. Contohnya baru-baru ni... Hubby telefon umah, mak mertua aku citer arr pasal anak jiran sebelah... Bayi lelaki umur 9 bulan meninggal sebab 3 hari cirit-birit dan muntah... Tak bawak pergi klinik. Ubat cara sendiri. Nasi dah jadi bubur. Tak dapatlah nak kata apalah kan...

Orait! Berbalik pasal kulat susu aku ada gak try google ternyata kulat susu bukan perkara remah yang perlu ambik mudah... Berikut info menarik dari Doktor Zubaidi dalam lamannya drzubaidi.com. Antara laman menjadi rujukan aku. Ternyata doktor pun punyai saranan yang sama tentang penggunaan kain basah untuk tanggalkan kulat susu dan berikan air kosong kepada bayi. 

Tapi... Andai keputihan itu meliputi bahagian keseluruhan mulut dan kemerahan ia bukan kulat susu sebaliknya jangkitan fungal thrush. Yang ni kena jumpa doktor.... Itulah antara saranan Doktor Zubaidi yang sempat aku baca. Siap highlight lagi kat bawah. Ambik kau ^_^. Biasa... Orang tengah rajin. Haha. Rajin ler sangat!

petua hilangkan kulat susu, cara ubati kulat susu terkini,
Sumber info adalah dari laman www.drzubaidi.com

Sedikit info dari aku mengenai pentingnya kita mengetahui tentang kulat susu. Kena alert. Sian anak kan... Pada yang sudi singgah, terima kasih aku ucapkan. Nanti kalau ada masa... Jemputlah singgah lagi ^_^.

Sekian. Wassalam...