Assalamu'alaikum...

Entri kali ini aku ingin berkongsi tentang SSPN-i. Alhamdulillah! Setelah ditimbang tara, pada oktober lepas aku dan En. Hussien telah membuat satu keputusan untuk create satu akaun SSPN-i untuk Alia. InsyaAllah, kalau ikut perkiraan... Genap 20 tahun. Alia dah ada cukup duit untuk masa depannya.

akaun untuk bayi, kebaikan sspn-i,

Bukan nak berlagak atau menunjuk. Jauh sekali. Just nak share tentang pilihan aku untuk menabung di SSPN-i. Banyak tau faedahnya. Selain menjanjikan pulangan dividen tahunan, SSPN-i turut menyediakan insentif kewangan khas dalam bentuk Geran Sepadan atau Matching Grant khusus kepada pendeposit yang berpendapatan rendah tertakluk kepada syarat dan peraturan yang ditetapkan. Di samping itu, manfaat perlindungan takaful dan bayaran khairat kematian disediakan secara percuma kepada semua pendeposit yang layak tertakluk kepada syarat dan peraturan yang ditetapkan.

Umur bawah 18 tahun pun boleh bukak SSPN-i. Like Alia dan boleh kekalkan simpanan sampai 28 tahun. Lepas dari 28 tahun iaitu 29 tahun. Boleh bukak akaun sendiri. Tapi ada pilihan bagi yang 18 tahun ke atas, samada ibubapa yang buatkan atau sendiri yang buatkan.

Bagi aku... Menabung dari awal adalah merupakan jalan terbaik untuk menangani masalah kewangan terutamanya untuk tujuan pendidikan anak-anak. Boleh jer simpan sikit serendah RM20 di SSPN-i. Takde masalah ^_^. Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Right?

Untuk yang nak tau pasal SSPN-i, boleh layari laman www.ptptn.gov.my

Aku pun banyak rujuk laman ni before create akaun SSPN-i untuk Alia.

Ok! Tu je kot aku nak share pepagi ni. Pada yang sudi singgah, ribuan terima kasih Fiza ucapkan. Kalau ada masa jemputla singgah kembali ^_^.

Sekian. Wassalam...