Assalamu'alaikum...
Alhamdulillah... Alia dan ayahnya sedang lena dibuai mimpi. Sedangkan aku lansung tak ngantuk selepas terjaga menyusukan Alia. Sementara mata tak ngantuk aku try google mengenai berita terkini tentang Lion Air jet yang terhempas yang aku lihat kat berita tv3 semalam. Nak gak tahu kenapa Lion air terhempas.


Lion air terhempas, lion air 13 april 2013, maklumat terkini lion air terhempas, gambar lion air terhempas,
Sumber gambar dan info adalah daripada malaysianreview.com

Daripada apa yang aku baca, rata-rata artikel mengatakan bahawa Lion Air jet yang terhempas itu membawa lebih daripada 100 penumpang dan anak kapal. Bagaimana Pesawat Lion Air terhempas? Lagi... Ia terhempas ke dalam laut ketika coba nak mendarat di pulau peranginan Bali, Indonesia.

Daripada apa yang aku tahu 45 orang tercedera. 101 penumpang dan 7 anak kapal telah diselamatkan menurut pegawai agensi penyelamat Bali, Made Krisna Maharta. Mereka yang tercedera telah dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.... Dan tiada kecederaan serius yang berlaku. Alhamdulillah! Nasib baik kan...

Selain itu, Ada gak artikel yang menyatakan punca Lion Air terhempas adalah disebabkan oleh cuaca mendung dan hujan renyai-renyai. Namun, sejauh mana kebenarannya. Wallahualam. Mungkin masih dalam siasatan.

Syukur pada Allah... Sebab takde kemalangan jiwa berlaku.