Assalamu'alaikum...
Alhamdulillah... Di atas peluang dan ruang yang ada, untuk aku terus bercerita dan berkongsi cerita.
Dalam sehari. Kalau ada masa... Aku akan bukak facebook kejap. Kot-kot ada cerita menarik. Tapi akhir-akhir ni... Aku terasa malas pulak nak bukak facebook. Ramai yang bercakap pasal politik berbaur hasutan. Takut haishh aku baca. Sepertinya tak sayang akan kemakmuran dan keharmonian yang dimiliki. Tapi... Aku tak nak ulas pasal itu. Siapalah aku untuk membicarakan tentang politik kan...
Namun... Ada jugak info yang menarik. Contohnya persoalan yang dilontarkan mommies di group persatuan ibu-ibu comel mengandung. 2 hari lepas ada mommies yang tanya pasal bagaimana nak atasi masalah bayi 3 bulan yang selalu terkejut time tido?
Teringat aku... Masa Alia umur 2 bulan. Hadapi masalah yang sama. Mak aku kata apa... Biasalah, bayi belum dapat sesuaikan diri lagi... Bayi masih ingat rasa yang sempit dalam perut tu. Tu yang terkejut bila kita tak peluk. Luas sangat. Haha...
Boleh pulak begitu ek!... Macam-macam kan andaian orang tua. Maybe betul... Malah, cara mak aku atasinya memang berkesan. Sama ada dibedungkan atau letak bantal kecik di dada bayi if bayi tidur telentang lah... Tapi bagi bayi tidur mengiring pun adalah antara cara untuk atasi bayi terkejut masa tidur.
Kekadang petua orang tua tak boleh kita tinggalkan. Ada jugak kebaikannya.
Esok hari ibu... Tak berkesempatan pulak nak celebrate dengan mak. Just wish dari jauh jer :'(...

0 Comments
Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.