Assalamu'alaikum...
Setahun yang lepas, aku pernah merasai saat-saat bergelar wanita yang sedang hamil. Apabila mengetahui diri hamil sebagai pengalaman pertama mengandung anak pertama.. Banyak info yang aku carik di internet berkaitan tentang kehamilan. Malah, tak kurang jugak membeli buku- buku tentang kehamilan yang berada di pasaran.

Apabila perut mulai membesar, masalah tidur pun mulai wujud dengan macam-macam kerenah. Keluar masuk toilet lah... Pedih ulu hati lah... Kaki kejang lagi lah dan posisi tidur yang tak selesa. Memang susah... Nak tidur.

Budak kecik ni suka sangat letak bola dalam baju. Pantang tengok bola ^_^.

Alhamdulillah... Berbekalkan info yang aku dapat. Aku berjaya atasi susah tidur ketika hamil. Walaupun tak 100%, at least aku boleh melelapkan mata dengan selesa.

So, dengan adanya belog... Ini, aku ingin mengambil sedikit peluang untuk berkongsi 5 tip untuk atasi masalah tidur ketika hamil yang pernah aku praktikkan.
  1. Jangan makan terlalu banyak
    Jangan ambik makanan terlalu banyak sampai kekenyangan sebelum tido. Ini akan menyebabkan perut terasa senak dan sakit di ulu hati... Seterusnya menyebabkan tidur terganggu.
  2. Minum susu sebelum tidur
    Ramai para ilmuan terutamanya para doktor mengatakan bahawa... Susu mampu membantu agar mudah tidur.
  3. Cari Posisi Tidur Terbaik
    Bagi aku... Posisi tidur yang bagus untuk ibu hamil ialah mengiring ke kiri seperti disarankan oleh doktor. Posisi ini dapat membantu mengoptimumkan aliran darah, oksigen dan nutrien ke plasenta. Namun... Kalau tak selesa pun tak guna gak kan. Yang penting kita carik posisi mana yang membuatkan kita selesa untuk tidur.
  4. Mandi dengan air panas. Lagi-lagi kalau mandi dengan shower gohnson's baby... Huh! Sungguh segar dan wangi ^_^.
  5. Dengar Muzik
    Kalau aku... Ia adalah cara efektif untuk membolehkan aku tidur. Tapi... Bukan lagu yang aku dengar tapi surah-surah yang baik untuk diamalkan semasa mengandung... Yang turut aku save dalam handphone.
Tu antara 5 cara mengatasi masalah tidur yang aku alami semasa mengandungkan Alia. Semoga menjadi panduan aku untuk kehamilan seterusnya andai ada rezeki. InsyaAllah...