Assalamu'alaikum...
Kekadang ketandusan idea jugak nak sediakan sajian untuk minum petang. Memandangkan ada masa terluang dan ditambah lagi... Ada lebihan pisang embun 6 biji. Maka tercetus ler idea nak buat cekodok. Alia punya kesukaan okeh! ^_^.
Semenjak Alia ada... Aku suka buat cekodok bersaiz cute miut. Saja nak tarik perhatian Alia. Tak jugak... Sebenarnya senang nak makan. Ambik sebijik terus ngap masuk mulut. Hehe... Lagi suka minum dengan air teh hijau. Marvelous! Alia sampai 7 bijik cekodok dia makan. Aku pulak takut tengok.
Bicara Kata : Aku pernah terbaca dalam majalah iSIHAT, Pisang adalah antara buah baik untuk perkembangan otak kanak-kanak. Walaupun Alia suka makan pisang, tapi kat sini susah sikit nak dapat pisang fresh ^_*.
1 Comments
bukan kata alia je suka mkan pisang, saya ni pun hntu pisang.. dapat pula cekodok pisang.. alahai..nikmatnya.. :)
ReplyDeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.