Assalamu'alaikum...
Alhamdulillah... Menyempat jugak aku menonton slot akasia terbaru teduhan kasih. Sebuah cerita adaptasi novel teduhan kasih.

Pada aku... First episode yang menarik. Adi Putra iaitu Ehsan yang digambarkan sebagai lelaki playboy. Suka bawak perempuan balik rumah. That it antara pengenalan jalan cerita yang cuba ditonjolkan.

Manakala Sherry Ibrahim pula memegang watak Iffa. Berkahwin dengan Redza tanpa restu ibu Redza. Perkahwinan mereka dibelenggu masalah apabila Redza mulai muak melihat muka isterinya. Kenapa ek? Adakah ibu Redza telah membomohkannya ( andaian aku saja okeh ) atau kecantikan ayu, sahabat baik Iffa telah mempengaruhi rasa cinta Redza kepada Iffa. Tak sangka pulak sahabat baik sendiri... Ayu sanggup tikam dari belakang walaupun mengetahui yang Iffa telah berbadan dua. No wonderlah dia suruh gugurkan anaknya.

Episod 1 teduhan kasih berakhir dengan babak redza mengaku di depan isterinya, Iffa... Bahawa dia dah tak boleh berpisah dengan someone sambil membuka pintu untuk memperkenalkan siapakah gerangan orangnya. Wah! Tak sangka... Ayu rupanya. Apakah sambungannya. Esok sambung episod 2 teduhan kasih okeh!

Bhaha... Harap dapatlah yer bayangkan cerita yang aku try nak karang berdasarkan apa yang aku tengok dan diluahkan dengan ayat sendiri... Yang lintang pukang... ^_~. Nanti boleh Alia baca time senggang. InsyaAllah! Aku akan setia menonton... Kalau ceritanya best macam cerita adam dan hawa di Astro Ria sekarang ni yer ^_^.