Assalamu'alaikum...
Kenapa Fizo Omar dan Hans Jaafar putus cinta... Semuanya terkandung dalam artikel ni. 

hans jaafar dan fizo omar,
Sumber snapping info adalah daripada www.hmetro.com.my

Begitulah adat bercinta. Sedangkan orang yang dah kawin pun ada yang bercerai berai. Ini kan pulak masa bercinta. Pada aku... If takde keserasian dari awal. Baik berpisah. Buat apa nak teruskan kan. Teringat aku dengan kisah kawan aku dulu. Aku bangga dengan dia... Kerana berani buat keputusan.

Kisahnya begini... Dalam dok bercinta lagi sebenarnya. Selalu bergaduh waima dalam telefon sekalipun. Dahtu kekadang balik dari dating pun pasti bahagian tangan ke atau muka ada kesan lebam kena pukul. Semuanya gara-gara panas baran dan cemburu membabi buta. Malah nak pergi mana-mana nak kena mintak izin dulu dan story nak pergi mana... dengan siapa. Balik pukul berapa... tak boleh lama. Haish! aku pulak geram masa tu bila kawan aku mengadu kat aku. Apa kes nak mintak izin bagai. Belum jadi suami pun. Aku ada jugak nasihatkan dia agar putus jer. Tapi... Apakan daya. Cinta itu buta. Mereka pun bertunang. Ceritanya tak habis kat situ jer. Lepas bertunang lagi dasyat. Sepak terajang kawan aku dapat.

Disebabkan tak tahan baru dia cerita dengan parents dia. Apalagi... Orang tuanya. Marah punya pasal. Masa tu jugak mereka putus. Nasib baik. Kalau dah kawin dan ada anak... Kan anak jadi mangsa.

Apa-apa pun... Semuanya terletak di tangan kita untuk memilih yang mana kaca dan yang mana permata. 

Sekian. Begitulah cerita merapu aku pepagi buta sebelum memulakan perjalanan balik kampung aku bersama hubby dan Alia sekejap lagi.

Selamat bercuti ^_^.