Assalamu'alaikum...
Mati adalah jalan penyelesaian... Begitulah kesimpulan yang dapat aku ungkapan berdasarkan petikan berita dari kosmo online hari ni.... Di mana...
PETALING JAYA - Seorang wanita yang mempunyai empat anak menemui ajal di tangan suami sendiri yang bertindak mendera dengan memijak dan menikam pisau di tubuh mangsa dalam satu kejadian dipercayai berlaku di sebuah rumah di Lot 18, Kampung Petaling Bahagia, Puchong dekat sini malam kelmarin.
Tragedi menyayat hati itu menimpa Nur Hidayah A. Ghani, 28, yang bekerja sebagai kerani akaun di sebuah hotel di Jalan Klang Lama di sini dipercayai berpunca daripada perasaan tidak puas hati si suami apabila isterinya itu mahu menuntut cerai.
Bagaimanapun pada malam kejadian, suspek bertindak membawa isterinya yang cedera parah itu untuk mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini pada kira-kira pukul 1 pagi tetapi mangsa mati dalam perjalanan.
Kosmo! Ahad difahamkan, rumah tangga pasangan tersebut kerap bergolak berpunca daripada sikap panas baran dan kaki pukul si suami sejak mereka mendirikan rumah tangga 11 tahun lalu.
Kerana mintak cerai tu... Isteri mati dek kerana dipijak suami. Kenapa yer kita sering ambik jalan mudah untuk selesaikan sesuatu. Namun... Kita tak tahu apa sebenarnya yang belaku. Kenapa dah ada 4 orang anak dan dah 11 tahun baru nak mintak cerai. Kenapa tak sebelum ni. Huhu...
Hakikatnya... Jadikan ia sebagai pengajaran dalam hidup. Takde yang lebih penting dalam suatu perkahwinan adalah perbincangan. Rumah Tangga mana tak dilanda badai... Right!
Nauzu'billah...

0 Comments
Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.