Assalamu'alaikum...
Alhamdulillah... Sekali lagi aku berpeluang untuk update belog. Idea datang di saat membaca soalan yang diajukan oleh mommies di group persatuan ibu-ibu mengandung... Pasal apa yang perlu dilakukan bila anak demam?

Kalau aku... Tip dia mudah jer. Berdasarkan apa yang pernah doktor sarankan kepada aku suatu ketika dulu. Masa tu Alia demam umur 4 bulan.

Pertama, selalu check suhu badan anak. Sebab tu pentingnya ada termometer di rumah. Tak perlu beli yang mahal. Yang murah pun dah memadai. If suhu anak mencecah melebihi 38°C, cepat-cepat bawak jumpa doktor. Bahaya kalau dibiarkan di rumah.

Kemudian... Boleh jugak guna cool fever untuk turunkan panas badan anak.


Jangan pakaikan anak baju. Nanti panas badan anak semakin naik. Sebaliknya lapkan selalu badan anak dengan kain basah terutamanya belah petang dan malam. Menurut doktor... Time ni suhu badan cepat naik kalau demam.

Kalau boleh... Bagi jer anak mandi. Tu cara aku jaga Alia demam. Ada orang kata... Kalau demam tak boleh mandi. Aku pernah tanyakan pada doktor. Boleh je. Selagi anak tak meragam. Lagi bagus untuk turunkan panas badan anak.

Selain tu... Bagi anak minum air kosong. Sikit tapi kerap. Maklum jelah... Ada budak tak suka minum air kosong. Bukan apa... Takut nanti. Kalau tak minum. Hidrasi atau dalam bahasa mudah... Kurang air ler pulak.

Pasal ubat pulak... Kalau aku. Lain prinsip. Tak nak bergantung sangat dengan ubat. If 2 hari still tak turun panas badan, baru aku bagi paracetamol. Aku lebih suka cara tradisional. Contohnya... Guna daun bunga raya untuk turunkan panas. Nanti... InsyaAllah, lain entri aku share petuanya okeh!

Rasanya... Setakat tu je antara tip bagaimana menjaga anak demam yang pernah aku praktikkan... Takde apa yang menarik pun. Just simple sharing dari aku. Mesti ada tip yang lebih hebat dari mommies yang lebih berpengalaman kan...

Wallahu'alam...